Friday, July 19, 2013

..Promosi Chocodates..

Salam..

Kejap je masa berlalu..hari ni dah 10 hari kita berpuasa..moga kita semua sentiasa sihat hendaknye untuk menjalani Ibadah kepada Allah swt..

k nak bgtahu nie..pada penggemar2 CHOCODATES klu berminat nak beli lagi..meh la la beli..ade promosi kaw kaw punyer.. Sila klik pada pic untuk besarkan yerk..

untuk maklumat lanjut leh call/no dibawah ni..
018-380 9121 / 018-371 7360 / 011-1832 7974



Thursday, July 11, 2013

..Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa..

Salam.. 
sedikit info untuk kita bersama..moga jadi manfaat buat kita semua..

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa


Riwayat: Riwayat at- Tirmidzi
Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.

Huraian Hadith: 

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Wednesday, July 10, 2013

..Ahlan wasahlan ya Ramadhan..

Salam..

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di dunia nie..tak kira kecil besar, tua muda semua menjalankan kewajipan yg sama..semoga apa yg kita jalankan diberkati dan dilimpahi rahmat Allah swt..

dan sepekara lagi buat para ibu bapa..telah byk diingatkan oleh ustaz2 dan ustazah..anak kecil yg baru hendak belajar berpuasa jgn lah dipaksa jika anak2 dah x larat..biar mereka belajar perlahan2 sampai mereka sendiri faham dan tahan untuk berpuasa..

sebab perkara yg utama harus ditekan kan..adalah solat..Solat harus di paksa untuk ditunaikan jika x buat..sebab nya ada sesetengah ibu bapa suruh anak jaga puasa tapi solat tak jaga..cam mana tu..
apapun didik anak sedaya mungkin dan sebaik mungkin..

sedikit info untuk kita berkongsi bersama..

Copy dr  laman Islam itu indah.

Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini.

Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban. Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah. Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.

untuk bacaan lagi sila klik DISINI.