Tuesday, November 29, 2011

..Rana berjaya jugak meniarap..

Salam..

Alhamdulillah..bukan main sronok ibu ayah rana..bila tengok rana berjaya jugak meniarap kan diri..hehe..

abg afiq lak..setiap kali adik rana meniarap dia pun ikut meniarap skali..siap ckp.."adik niyap adik niyap"..

narnye pice ni di amik dlm mggu lepas klu tak silap..masa tu, rana mengereng tapi nak angkat bahu ngan kpala tak larat lagi..pas tu marah..siap jerit2 lagi..

aku pun tiarap kan lah..haa ni lah hasil nye..bukan main suka lagi..siap tenyum2 manja lagi..hehe..tapi bila baringkan balik, marah..haha..klu boleh nak meniarap je la pulak..


wajah keseronokan bila dah ubah posisi lain lak..hehe..ye la sebelum ni asik baring je kan..


penat tegak kan kpala..tunduk lak..


sempat jeling kamera n isap jari..hehe..narnye memajang senyum je tapi bila nak amik pice, serius lak adik rana ni..


haaa muka terkejut..hehe..

n untuk pertama kalinye..malam tadi..28.11.2011 dlm kul 8 lebih agaknya..tgh ibu sibuk nak masak mlm td..ayah jerit panggil ibu..

ayah suruh ibu tengok..adik rana berjaya meniarapkan diri dengan hasil usaha nye sendiri tanpa dibantu..hehe..

ibu yg rasa nak nangis..bila tgk rana sebelum tu menjerit jerit..jap2 merengek..sbb berusaha nak angkat kpala..Syukur Alhamdulillah..perubahan besar bagi ibu bila tgk adik dah meniarap..

sebenarnya itu adalah perkembangan yang normal bagi bayi yang tak cukup bulan..memang tak sama dengan perkembangan baby yang lahir normal..ap2pun aku bersyukur sbb rana membesar dgn sihat..

Umur rana 7 bln 3 mggu, baru rana meniarap..tak pe lah..yang penting rana membesar dgn sihat..tapi klu dikutkan umur sebenar..rana baru 4bln 3mggu..

adik teruskan usaha lagi ye.lepas ni menjalar lak..terus merangkak, bertatih, berjalan & berlari..hehe..pas ni ibu tak leh dah letak adik atas sofa..hehe..sbb dlm katil pun adik dah berpusing..dah tawaf..tambah2 lak skang dah meniarap..no more dah tido atas sofa..muaaahh cyg adik..


Sunday, November 27, 2011

..Bila menang d puji, bila kalah d caci..

Salam..

n3 d mlm hari..mud sentap tak ar kan..hehe..td baru je selesai tengak perlawanan bola antara Malaysia & Bahrain..

Mula2 tu memang ar suka sesangat bila tgk Malaysia score 2 gol kan..tapi last2 minit Bahrain dpt score 3 gol..

ape2 pun yg jadi..sbgai penyokong sejati jgn la cepat menyalahkan atau mengutuk pemain kita..mereka dah buat sehabis baik..tak ada seorang pun dr mereka yang nak kalah..

terima lah seadanya..menang kalah adat la tu..lagi pun dah sah2 mereka dah cuba buat yang terbaik untuk menang..tapi tak ade rezeki..

Ni bila tgk status FB..ade gak segelintir yang tulis status marah, kutuk & perli..aduyai..aku pun bukan la nak marah kan..sbb itu hak memasing..

setiap orang ade cerita, rasa & penilaian sendiri..cuma bila berkata tu agak2 la kan..klu dah tere sgt..g la offer diri main tuk negara..n setiap game kasi menang..cuba try test la kasi buat..n tgk dapat tak nak buat kasi menang memanjang..

bukan senang narnye nak main ngan negara2 besar mcm Jepun, Syria & Bahrain..kita patut bersyukur sbb Malaysia dpt masuk psgn kelayakan ni..klu nak d ikutkan ade x negara Asia Teggara yg lain dpt masuk..tak de kan..

tambah2 lak lagi ramai kan player2 kita yg injured.. sememangnye mereka jugak tak cukup rehat..so susah la kan nak pastikan kemenangan tu berpihak pd negara kita..ape2 pun bg aku mereka tetap terbaik klu nak di bandingkan dgn yg sebelum2 ni..

sepatutnya kita terus sokong supaya pemain kita sentiasa buat yang terbaik untuk negara kita..pertingkatkan lagi segala2nya..dari segi fizikal & juga mental..

Sokong Harimau Malaya..Dan harap Malaysia dapat cari penyerang yg terbaik mcm safee di masa akan datang..

Saturday, November 26, 2011

..Selamat menyambut awal Muharam..

..Salam..
info untuk dikongsi bersama..Selamat menyambut tahun baru Islam..Semoga kita semua beroleh kabaikan dan sentiasa didalam lindungan Allah SWT..InsyaAllah..amin..
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
 
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
 
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
 
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.
 
Doa akhir tahun:  

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 
 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 
 
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
 
 
Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
 
 Waktu membacanya:Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allah akan Mengampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:      
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.  Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
 
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." 
 
 
Maksudnya “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
 
Waktu membacanya:Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Amalan-amalan sunat: 

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
 
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
10.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 11.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
 
 Sumber dari:
UNIT PERKHIDMATAN KHAS
OPERASI PERNIAGAAN MODAL INSAN IBU PEJABAT
PENGURUSAN MODAL INSAN KUMPULAN TM

Wednesday, November 23, 2011

..Bola kelayakan olimpik..

Salam..

n3 di malam hari..just a short story..tadi baru je lepas tengok perlawanan bola sepak kelayakan untuk sukan olimpik..

Wlupun Harimau Malaya kita kalah 2 - 0 kepada Syria..tak pe lah..mereka dah berjuang sehabis baik..tapi kejayan tak berpihak kepada mereka..

mungkin kerana keletihan yang masih tak ilang selepas sukan sea ari tu..apa2 pun aku tetap sokong pasukan bola sepak negara..yang nyata lebih baik dari 3 4 5 tahun sebelum ni.. :)

 yezzz.. i luv Harimau Malaya..

"jangan pula bila menang kita julang, kita sanjung..
tapi bila kalah kita keji, kita caci..

seharusnya kita tolong, kita sokong..
dan seharusnya kita hormati & kita puji..

kerana ape kerana mereka adalah yang terbaik..
mereka sentiasa berjuang untuk menjadi yang tebaik..

mereka sentiasa ingin membuat peminat gembira dan puas hati..
jadi bantulah mereka dengan menyokong sepenuh hati"

..Abis sudah Sukan SEA ke 26 di Jakarta-Palembang..

Salam..

mood..masih nak cerita pasal sukan SEA..wlupun dah melabuhkan tirai semalam.. :)

sejak 2 menjak mmg balik dr keje on tv n terus ke chanel 801..tapi kul 7pm harus tukar jap ke tv3 tuk tgk cerita tentang dhia..

dan semalam buka 801 tgk live acara penutupan Sukan SEA..tapi tgk kejap je..sebab mlm td ngantuk giler..memang tido awal..hehe..ganti tido namanye ni..


sukan sea dah abis..dan negara kita berjaya dapat 59 pingat EMAS..dan berada di tangga ke-4..dan tuan umah tetap utuh ditangga pertama..narnye klu ikutkan negara tuan umah mmg kelebihan..sbb ada kan acara yang negara lain tak hantar peserta..sbb tu lah senang kutip emas..

semu org pun tahu kan..dlm laman cetak ade tulis dan pengulas2 sukan pun ade bagitahu..sbb tu negara lain dapat kejar tuan umah..dan aku terfikir tak ade ke org yg guide acara sukan ape yg boleh dipertandingakn dan ape yang tak boleh..dan akhirnya pertayaan aku terjawab bila tengok sukan arena..dan pengulas mengulas pasal ni..

mmg betul.. sepatutnya mmg kene ade peraturan yang boleh bagi sama rata untuk negara2 lain..dan klu betul sekali pun diberi kelebihan untuk tuan umah, jangan la sampai melampau mengadakan sukan traditional yg sememannye negara lain tak main..huhu..

klu korang prasan dalam sukan sea ni acara squash tak de kan..padahal sukan tu dah sah2 mainan antarabangsa..kenapa pulak kat sukan sea indonesia, acara tu tak dimasukkan..jawapan nye senang je kan..Squash, Malaysia ada pemain no 1 dunia..dan sememamng nye atlet lelaki & perempuan memang handal..

erm tak pelah nak buat mcm mane kan..klu nak diikutkan acara badminton pun kita ade pemain dunia..tapi Malaysia tak hantar pun kan..Malaysia hantar para pelapis..so klu ade squash pun tak mustahil perkara yg sama jugak jadi..Malaysia pun pandai..hantar pelapis untuk cari pemgalaman..

ermmm tak pe lah..biarlah ape yg dah berlaku kan..dan aku pun bukan pandai sgt nak bercerita pasal ni..biarlah org yg lebih arif untuk bercerita corat coret pasal sukan SEA ke 26 ni..dan aku hanya patut membaca sahaja..hehe..

tapi dlm paper tak ketinggalan juga kan..dan dalam byk2 laman sesawang masih bercerita pasal sukan..terutamanya pasal bola la kan..ape lagi..ade byk perkara yg negatif dari yang positif nye..

ada wartawan Malaysia yang tak boleh buat liputan..tak boleh nak inteview..dan yang paling sedih pemain bola sepak negara kita..bila mereka dilayan mcm ape oleh penyokong Indonesia..

memang tak patut..penyokong2 fanatik Indonesia mcm tak de akal bila buat pemain & pegawai kita mcm tu..dihina, diejek, dilukis karikatur yang menghina pemain Malaysia..bas yang naiki ditahan..ape ke hee nye la derang ni..sangat tak profesional..

tapi tu lah..segala pahit & duka pemain & pegawai dibalas dengan manis sekali bila Malaysia menjadi juara dan dapat mempertahankan pingat emas..

ape2 pun memang la tak semuanye penyokong Indonesia mcm tu..mungkin hanya segelintir sahaja..yang tak boleh menerima kekalahan dan kenyataan..

harap lepas2 ni..tiada lagi la kejadian2 tak di ingini berlaku..hormat menghormati la kita antara 1 sama lain..dan eratkan lagi hubungan persaudaraan negara serumpun..InsyaAllah..

k lah tak tau nak kata ape lagi..c yer..nnt sambung lagi..

Monday, November 21, 2011

..Yeezzzzaa..Harimau Muda telah mengauuummm..

Salam..N3 semangat di malam hari..hehe..

Akhirnya Harimau Muda Malaysia telah membuktikan Semangat yang jitu dan laungan keramat "Malaysia Boleh" telah mematahkan sayap sang garuda..dan menelan jeritan puluhan ribu penyokong Indonesia..

Siapa yang tak mahu menang kan..setiap pertandingan ada kalah & menang..dan Syukur.. Alhamdulillah.. Rezeki berpihak kepada Malaysia..

Dan pada Indonesia, hadapilah kenyataan dengan sebaik mungkin..kali ni tiada rezeki buat kalian..InsyaAllah rezeki di lain masa..

dan kat sentul..perggghhh paling dasat..dan meriah..sepakan penanlti terakhir dari badrul amat2 dinantikan..dan kemenangan diraikan dengan mercun yang tak henti2 dekat setengah jam..huhu..afiq ngan rana sampai terjaga la dr tido..

pas tu dengan sorakan, jeritan dan bunyi hon motor2 yang berarak memang sgt2 menunjukkan kemenangan bola sepak diraikan beramai ramai..

Syabas Malaysia kerana berjaya mengekalkan Pingat Emas di Sukan Asia Tenggara buat kali ke-2..Semoga terus maju jaya..

yeeeeesssss aku memang suka n seronok sgt..hilang sudah sejuk kaki tangan aku n degup kencang jantung aku..hehe..


..Majulah Sukan Untuk Negara..

Tahniah pada semua pemain bola sepak negara..terutama pada fahmi yang berusaha keras menyelamatkan kubu dari dicerobohi..dan juga pada kapten dan yang lain2..mlm ni tido baik2 ye dlm aeroplane..semoga bersemangat lagi untuk bertemu Syria pulak untuk kelayakan Olimpik..

..Malaysia vs Indonesia..Bola lagi..

Salam..

SEA games..hari ni hari yang di tunggu tunggu semua peminat sukan Bola Sepak..

Mari kita semua rakyat Malaysia menyokong pasukan kita..Malaysia..Harimau Muda pasti akan mengauuumm..

Harap Malaysia mampu pertahankan EMAS..jgn lupa malam ni yer..


Saturday, November 19, 2011

..Homemade 'kentang putar'..

Salam..

slamat berhujung minggu seme.. sambil mengarang ni sambil layan bola..Malaysia vs Myanmar..harap Malaysia menang..

haaa mlm td dgn rajin nye aku buat kentang putar untuk dak char yang tak brapa sihat..sbb afiq tak mau makan..so ibu afiq pun wat le alternatif lain..

tapi nak wat camne, afiq makan sikit2 gak..tak de slera lagi la tu..alih2 ibu n ayah yang perabih kan..haha..tak pe lah makan la jugak kan dari tak makan lansung..mula2 ngat nak wat kentang lenyek je..tapi terajin la pulak buat toping yang ala ala kfc tu..hehe..

ermm c pice..ade jadi ker? hehe..


nak wat toping tu aku mengagau gak cari dlm google..ye la mana pernah buat kan..dr tak mau buat toping tetiba rasa nak buat lak..hehe..

aku wat simple je..guna bahan2 yang ade kat umah je..so tak lah ikut sgt resepi yg ade dlm carian google tu..bahan2 2 biji kentang..rebus ngan kulit skali slepas dicuci.. ikut cara dlm masterchef..hehe..

rebus beserta garam ckit..dah lembut angkat n tarik la kulit sampai togel..pas tu aku bland dlm blander..tak de mixer kan..n klu nak lenyek sendiri, aku lak malas..tu yang guna blader..tapi susah gak nak bland..kene rajin kacau n bland la byk kali..tak yah ubuh air..

pas tu buat toping lak..aku potong sekecik2 nye bawang besar ckit je n bawang putih..bwg putih tak de dlm resepi pun, seje aku ubuh, tapi rasa sedap je bg aku..pas tu tumis dgn mentega..tapi aku tak de mentega, aku guna butter..haha..ikut dann jer..

pas tu dah garing aku ubuh tepung gandum dlm 2 sudu yg dah dikacau dgn air..patutnye ckit je, tapi aku terlebih sudah..jadi nye pekat ckit la kuahnye.. pastu ubuh ckit sos tiram n kicap pekat..ckit je..aku nye jadi gelap sbb terlebih kicap..haha..ye la kata 1st time buat kan..tu mcm tu jadinya..haha..

pas tu ubuh garam secukup rasa n ubuh la black pepper..seelok eloknya baik guna lada hitam tumbuk sendiri baru terasa..ni guna instant nye..biasa2 je la..

bila dah siap..ape lagi campur la kentang lenyek..ermm nyum nyumm..sedap ape..klu tak silap aku dlm resepi yg aku tgk tu tulis tapis la toping tu bila nak letak kat kentang lenyek..tak de la berketul2 kuah nye tu..

tapi aku tak wat pun..rasa sedap je bila mkn..ermmm lagi best klu ada mushroom kan..n ayam bakar..pergghhh mcm makan grill chicken blackpepper..hihi..

narnye aku buat ikut bahan yg ade je..n ikut tekak sendiri je..so klu nak lebih sedap rasanye kene cari resepi2 yang betul2 la..ape2pun, sronok la bila berjaya buat kuah nye sendiri..ermm sedap gak..hehe..angkat bakul sendiri daaaa..haha..

Friday, November 18, 2011

..Afiq demam..huhu..

Salam jumaat..

hari ni terpaksa amik cuti lagi..sbb abg afiq demam..narnye lepas amik dr pengasuh semalam..afiq dah kurang mkn n menyusu..ngat kan dah kenyang..rupanye tekak sakit..huhu..

pas tu lak afiq bukan main nakal la sgt semalam..asik la nak kacau adik..abis muka rana asik di cakau afiq..nak kata jeles tu mungkin ye..sbb geram afiq pd rana kadang2 tu lain mcm..dpt tgn pun jadi la..janji afiq dpt buat adik nangis..baru la afiq tak kacau dah..huhu..

pas tu aku lak hangin je smlm..abis aku jentik2 jari afiq..tak pun aku babab kaki afiq..kadang2 mmg tinggi la nada suara dibuatnye..last2 malam tadi rasa badan afiq panas..

so pg td bawak g klinik dokter kata tonsil bengkak..merah..tu yg buat demam..ermm patut la afiq tak nak makan n menyusu..pas tu lak batuk ckit terus muntah..huhu..

pas tu dpt la ubat yang berlambak untuk afiq..ubat demam, antibiotik, tahan muntah n batuk..td baru bg ubat antibiotik n demam..tak bg lagi ubat batuk n tahan muntah..sbb afiq asik merengek n nak tido..

huhu..harap2 cepat lah afiq sembuh..sbb tak lalu bila tgk anak2 tak sihat..huhu..narnye dah lame afiq tak kene sakit tekak..ni la 1st time sejak afiq tak isap nenen..ermm biasa la kan nama pun dak tecik..seme bende nak masuk mulut..tu yg kene agak nye..

..Jumaat, Penghulu segala hari..

Salam jumaat buat kawan2 semua..
sekadar berkongsi info..sumber dr informasikini

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah.”

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yang mempunyai isteri bersatu pada malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur”.

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda “Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”. Berjalan ke masjid – adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat – Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata “Mereka yg memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

Thursday, November 17, 2011

..Drama TV3 'Tentang Dhia"..

Salam..

Siapa tengok drama tv3..slot akasia..cerita selepas drama 'Soffiya'..haa kali ni drama 'Tentang Dhia'.. ermmm byk tul kan cerita menggunakan nama wanita.. :)

mula2 tu terpk2 gak best ke cerita ni..ermm bila dah tengok boleh tahan gak la..tapi ade gak mcm tak logik jalan crita nya..klu siapa tgk mesti tahu..ye la, nama pun kan nak buat cerita, jadi drama, tu la yg jadi panjang n tak masuk akal kadang2 tu..

tapi bagi aku best la jugak..memang aku n en husband layan cerita ni dulu sebelum layan sukan asia..n aku pun suka dengar lagu tema nya.. :)

so pada sesiapa yang nak tengok boleh layan kat tv3, slot akasia, pukul 7 mlm, setiap isnin hingga khamis..klu tak silap cerita ni dah mula 9 november lepas..klu terlepas tengok boleh layan kat http://www.tonton.tv3.my/..


Sinopsis Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?

 Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia..

Sumber dr carian en google..

Wednesday, November 16, 2011

..Alhamdulillah, selesai sudah..

Salam..

Alhamdulillah..akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan baik..ari sabtu lepas, lepas maghrib buat kenduri doa selamat kat umah aku..

Kenduri doa selamat ni dibuat sbb rana dah bersunat, raya korban hari tu dah buat sembelih lembu aqiqah untuk afiq & rana..rana pun alhamdulillah kuar hospital ari tu sampai hr ni membesar dgn baik & sihat..(moga rana & afiq sentiasa sihat & dilindungi Allah swt..amin..)

k lah nak cite byk2..tapi pice tak de..kene tunggu la pice dari kak maria.. :) "tambah2 lak time besday..huhu..kak dtg umah jgn lupa yek bawak pice.. :) "


 ni hari jumaat..lepas balik keje..dlm kul 8 gerak ke NSK selayang tuk cari barang..situ lah tempatnye klu nak cari barang dengan harga yg berpatutan selain tesco..g sane ngan ina & mak sedara aka adik mak..dak char & dak chik harus lah ade kan..aku n en husband beli barang n ina tolong jaga dak char n dak chik..

n tengok lah pice afiq tu..tau tak nape jadi versi Fasha Sandah berbaju merah yang dot dot dot tu..hehe..sebabnya kat NSK en husband bg afiq makan asam..ermmm amik..abis muntah semuanya..basah kuyup le baju afiq bila dicuci..yg ade cuma napkin..dlm kete ina pun buka baju..digodek2 ina..haa mcm tu la rupa afiq jadinye..hehe..


 byk kan barang2 nye..leh tahan gak la bila nak buat kenduri ni..tapi harga seme memang berbaloi la..


ni lah menunya..simple je..tapi alhamdulillah ni la rezeki untuk menjamu tetamu yg datang..Kurma daging, sambal ikan bilis petai, sayur kubis goreng & ikan masin telawi ayam..pencuci mulut agar2 merah & buah pisang..bersama teh o nipis panas..

dan Alhamdulillah ade jugak membe rapat datang n bagi apam pandan kelapa sebekas, dan karipap 2 bekas..time kasih adik..dan time kasih pd mak sedara "Cik P" sbb tolong masak kan kurma daging & sayur kubis..aku lak masak sambal n goreng ikan masin je.. )


dan lepas semuanya selesai..dan hanya tinggal tetamu sedara mara n teman2 rapat baru lah kek untuk celebrate besday afiq & ayah dikeluarkan..

kali ni simple je kek nye..hehe.. Blueberry chocolate cake..bukan Spongebob kek dah..hehe..ade pice nnt leh update lagi nnt yek..


n last sekali..wlupun yg sambut besday si abg nye..tapi yg dapat hadiah si adik nye..hehe..membe bagi ni..tq adik..narnye nak potong kek ni pun tak bgtau org..just saje2 nak potong kek n makan2 reramai..tu yg org tak tau sambut besday afiq narnye..

k lah..lagi pice akan di upload kemudian yer.. :)

..26th SEA Games 2011..

As'salam..

Sukan Asia Tenggara ke 26, Jakarta-Palembang, Indonesia..yang berlangsung dari 11 Nov 2011 hingga 22 Nov 2011..















Ermm.sape tengok angkat tangan..hehe..mcm nampak kan klu angkat tgn..narnye saje jer nak cite pasal ni..skrang kan tgh berlansung sukan asia tenggara..dan sudah semetinya klu aku n en husband tak kepenatan atau mengantuk..harus lah kitorang tengok..

En husband paling wajib mcm biasa la kan..bola sepak & olahraga.. dan tak ketinggalan ape2 je la jenis sukan yang ditayangkan kat tv tu, mmg tengok aje..

N aku pun, acara sukan yg suka tengok bowling, terjun berirama, olahraga n bola sepak..tapi klu ade ulang tayang atau live la baru tgk..klu tak de sukan2 tu, tengok je yg lelain.. J

Mcm best je tengok org bersukan..huhu..rindu la time sukan zaman sekolah dolu2..aku yg sgt kering n sgt gelap sebab asik berjemur je..N semalam tetiba aku tanya en husband, klu tgk aku skrang..percaya tak aku dulu budak sukan..hehe..en husband senyum n gelak je..haha..tak caya la tu.. J

Zaman sekolah aku suka masuk acara larian 100m, 200m, 4x100m, lompat tinggi, lompat jauh..n pernah ganti org untuk acara 4x400m..perggh mmg semput la..tapi bila cikgu kata ok n nak tarik masuk..aku tak mo..huhu..penat..pas tu masuk hoki n net ball..

Tapi en husband lak lain..dia suka jarak jauh..400m, 800m..n ribu2 meter nye lah..sbb tu en husband klu jogging tasek titiwangsa tu leh je 2 3 kali pusing.. J dulu la..skrang tak tahu lah camne..hehe..jgn mare en suami..

Huhu..klu di ingat memang best giler..seronok sgt bila bersukan ni..n tambah2 menang lak kan..paling best last year kat sekolah, buat sukan kat stadium bukit jalil..ermm tu la antara kenangan2 terindah di sekolah, waktu bersukan.. J

So tak heran la kan, klu aku mmg bersemangat bila tgk org bersukan..hehe..n InsyaAllah panjang umur..bila anak2 dah besar, aku pun nak anak2 aktif bersukan..paling tidak pun aku nak biasakan derang main bowling..selain bersukan dapat eratkan hubungan kekeluargaan..InsyaAllah..kita hanya merancang & Allah swt yang menentukan semuanya.. (^,^)


Tuesday, November 15, 2011

..Makan2 jumaat lepas..

Salam..

Cerita hari jumaat yang lepas..tapi baru hari ni berkesempatan nak update..narnye mmg ada niat nak bawak mknan dr jumaat sebelum tu lagi..tapi disebabkan cuti so tertunda la ke jumaat baru ni..

simple je narnye..tapi tercapai la jugak hasrat nak bawa makan tuk breakfast kat opis..narnye niat sbb besday afiq, besday en husband & annversary kitorang..

dan alhamdulillah ade kawan2 yang bawa potluck masing2..jadinya bertambah byk la makanan di pagi jumaat..Syukur Alhamdulillah..rezeki..


Menu nya, macaroni goreng & sambal ikan bilis from me..ketupat palas, lempeng & apam polkadot dari kak effa, kek pisang dari kak afne & buah pisang dari dilla..tq kawan2 sbb sudi bawak makanan..memang kekenyangan n opcos la sedap semuanya..


ini pice dari amy..jgn marah amy..i amik ini pice dr FB..hehe..time makan..


k lah tu je..lain kali kita buat lagi yerk..

Friday, November 11, 2011

..Xtvt hari isnin cuti ganti raya..

Salam..

3rd n3..hehe..pas ni mlm2 nnt atau esok2 lak baru update lagi..haha..ini cerita masa hari isnin..semua cuti lagi kan masa ni..

masa ni pun seme family dah balik dr kampung..so pagi isnin tu semua makan kat umah aku..sbb nye aku ade buat sup tulang..time kasih kat membe aku lagi sbb dia bagi tambahan iaitu tulang2 lembu nie ade kot seketul 2 mcm gear box yg org kata sodap tu.. :)

so dpt la kitorang sefamily makan beramai ramai..n ayah pun ada ajak pak cik roslan..baca doa ckit n mkn2..tulang tu narnye dr mlm en husband dah rebus..so mmg lembut giler lah bile makan daging n rawan2 nye tu..


amik haa..periuk besar mak di amik jap tuk buat sup tulang..leh tak makan pagi mcm mkn tghr..hehe..tapi makan pun dlm 10 lebih dah..nak dekat kul 11..so 2 in 1 la tu..mkn ngan nasi impit, kuah kacang, sup tulang, rendang daging n kari daging dr kampung..makan ngan nasi putih panas..mmg mebeles.. :)


haaaa yg ni lak pice dah car n dak tecik..petang dah time ni..masa ni tgh bola..dan afiq agak ngade, afiq jeles sbb ibu ayah tak layan dia..n amik kaw...afiq dok depan tv..tak kasi ibu ayah tgk bola..kan ade sea games malaysia vs singapore..huhu..sambil tu afiq main la gendang dia periuk ngan loyang..huhu..


adik lak main sorang dlm baby coat..hehe..cian dia..tapi narnye nak kuar lepas tgk bola..nak g klinik..sbb badan en husband naik bengkak mcm kene gigit nyamuk..penuh muka..tapi lepas magrib tu afiq lak dah ngantuk.n adik pun dah tido..last2 ayah g sorang je..tapi Alhamdulillah tak de apa..bukan denggi..cuma mungkin alergik kot..

ermmm tu je lah xtvt kami sekeluarga cuti raya aidiladha kali ni..dan Alhamdulillah semua yg dirancang dah berlansung..adik dah sunat..afiq ngan rana dah aqiqah..tinggal nak buat kenduri doa selamat je lepas ni..InsyaAllah akan di update nnt..k lah daaaaaaaaaaa.. :)

..Pagi Raya Aidiladha, tengok lembu..

Salam..

2nd n3 4 2day..wahhh mcm ni boleh tulis ke..huruf + ngan no..huhu..jgn mare..k sambung crite yg dah seminggu berlalu yer..

pagi raya dengan semangat bangun tido, aku masak dulu pulut yg telah direndam..pas tu aku pun siap2 dulu..baru en husband..pas tu aku siap kan rana n en husband siap kan abg afiq..

pas tu en husband g sembahyang raya kat masjid..tinggal kami 3 beranak kat umah..bg afiq mamam nasi impit ngan kuah kacang..sgt byk afiq mamam..adik rana lak, hanya dedek je boleh bagi untuk kenyang kan perut..tggu ye dik..lagi sebulan setengah jer leh mamam..hihi..

pas tu aku pun main la snap2 pice 2 dak tecik kesayangan ni..afiq la sgt suka bila dpt dok sebelah adik mcm nie..syahdu je bila tgk abg tayang2 adik..tapi geram je tgk bila abg ganyang2 adik..huhu..


pas tu bila en husband dah abis solat..makan dulu..baru g tgk org sembelih lembu..kitorang nak tengok lembu aqiqah afiq & rana..n membe aku pun bgtau dlm kul 9.30 ke 10 pg baru mula..

n yang paling best nye..bila nak turun umah..lif lak takde..rosak..sakit hati jiwa raga dah tentu..sbb dah tau, klu kitorang turun naik nnt lak kompem kene naik tangga..tapi nak wat camne..nak tgk lembu sembelih tu yg turun jugak..


dekat je pun tempat sembelih ni..kitorang jalan kaki je ke blok blakang..sampai sane membe kata kitorang lembu ke-5..baru sembelih seekor..so kene tggu la..kat situ ade 6 ekor lembu n 3 ekor kambing..

afiq suka tgk kambing..bila kambing mengembek..afiq pun ikut skali buat bunyi..hehe..geli hati la dibuatnye..tapi wlupun pagi..cuaca agak panas la jugak..seb baik bawak payung..leh la berteduh..


haaa ni la time sembelih lembu aqiqah afiq & rana..membe aku yg tgh cekak pingang, tinggi n t-shirt klabu tu..dia la yg uruskan seme..kitorang bayar je kat bahagian lembu afiq & rana..en husband ngan afiq lak berpayung kuning tu dok tgk dekat2..aku n rana tgk dr blakang jer..

selesai sembelih kitorang pun balik umah..n membe aku call, dia kata dlm tghr leh ambik bahagian yg memang dapat setiap seorang tu..sbb kitorang 2 nama..so dpt 5 kilo..yang selebihnya akan dimasak dan dijamu untuk anak2 yatim..tq is sbb uruskan seme..


haaa pas tu mmg menapak la kitorang naik tangga ke tingkat 16..sakit kaki lutut aku..ye la mmg dah lame tak naik tanga tinggi mcm ni..takat tingkat 5 tu ade la..zaman aku sekolah dulu leh la hari2 naik turun tangga..sbb mmg takut naik lif..tapi skang idak le teman..sanggup naik lif wlupun tau lif tu asik rosak..hehe..tapi takut gak narnye..

sampai umah..seme keletihan..n tido..hehe..tapi kejap2 je..sbb pas tu along aku n kak maria serta anak buah kak maria dtg umah..ps tu dtg lak membe aku, ateh n family..

afiq lak kejap je tido..tu yg jadi mcm dlm pice tu..bila dah petang dah mandi dah makan..pas tu duduk keletihan layan periuk yg dibawak dr dapur..dalam hati nak main..tapi dalam masa yang sama dah keletihan..hehe..tapi kitorang pun memang letih narnye..hehe..mmg tido awal la mlm tu..

..Petang & Malam Raya Aidiladha..

Salam..

haaaa jumaat sudah..time ni la klu nak meng"update" blog..hehe..wlupun cite dah nak dekat seminggu..tapi tuan empunye crite tetap nak mengabadikan disini jugak..

narnye dah tak brapa nak ingat story mory yang berlaku hari sabtu sebelum kita semua sambut raya aidiladha..so story ckit2 je lah ye..

ari sabtu tak kemana pun..sebab klu tak silap en husband keje mlm sebelum tu n tak brape sihat..so dok umah je untuk rest..pas tu petang la en husband uruskan afiq..sbb en husband sgt rimas bila tgk rambut afiq panjang.. :)

kata en husband kecik2 biar botak, tggu dah besar ckit baru kasi panjang rambut tu n beru leh bergaye.. :) Alhamdulillah afiq sgt senang narnye bila nak potong..dah faham..cuma jgn bg rambut jatuh kene tangan..sbb afiq geli..hehe..mmg dr kecik smpi skang mmg tak penah la potong rambut kat kedai..


pas tu xtvt sebelah malam lak..seperti bias la kan..kata malam raya..mesti masak memasak..wlupun raya kali ni mak, ayah, ina, nuar n wife, kak ti n anak2 beraya kat kampung mak, perak..tapi aku tetap masak..

sbb bila derang balik kl mesti nak mkn jugak makanan yg biasa ada ni..mlm raya aku cuma masak rendang ayam pencen, kuah kacang, rebus nasi impit segera n rendam pulut tuk dimasak pagi..sbb tak beli lemang kan..tu yg buat pulut..

mula pun lambat gak, kul 9 lebih kot. selesai dekat kul 1 pg gak la..sbb nye nak tunggu rendang ayam tu la..ye la kata ayam pencen kan..masak rendang stail N9, guna cili api..mmg pedas la..hihi..kuah kacang lak wajib ade stail mak punyer..ayah kata sodap..mcm mak buat..hehe..


pas tu tgh sibuk2 aku masak tetiba dengar dak char afiq nangis..mula kan ngat saje2 je..pas tu en husband panggil, sekali tengok kpala afiq dah bengkak dah..aduhhh malam raya afiq saja kasi tanda kat dahi..

bengkak, calar n lebam la dahi afiq tu..mau nye tak..en husband kata afiq main lompat2 atas sofa..pas tu nak buat stail superman..lompat n terus meniarap kat sofa..sekali kene kat bucu sofa..mmg meraung la afiq..tapi bila dah tuam ngan cool pack ok la..tak la nmpk sgt lebam nye..


ermmm tu lah dia kan..klu kita sibuk kat dapur, ayah nye lak sibuk layan adik..si abg afiq nye klu main sorang2..mesti ade je yg kene kat badan tu..huhu..

k lah sambung di lain episod yer..

Wednesday, November 09, 2011

..Cerita sebelum raya aidiladha..

Salam..

just nak share ckit jer..hehe..narnye nak cite pasal mkn..tak tahu la nape sejak 2 menjak ni sgt suka masak n makan..haha..klu dulu suka beli n makan..tapi skang memang wajib masak..sgt jarang beli makanan luar..

ermmm klu dulu masa dok ampang sgt suka beli makanan..even makanan tu sgt senang dibuat tapi tetap beli..n lain dah skang..sgt suka masak..ermmm i like..

k lah hari khamis malam jumaat sebelum raya mak minta tolong buat kan agar2 sbb nak bawak balik kampung..mak nak balik kampung mak ptg jumaat n raya sane..kat teluk sena, parit, bota kiri, perak..pergghh panjang bebenor nama tmpt nye..

disebabkan masak agar2 nye 2 jenis..byk lak tu..tu yg membuat mcm tak sedap badan..ye lah balik keje terus buat..sbb jumaat keje lagi..blum cuti..tu yg kene buat awal..pas tu mak nak bihun goreng jugak..so goreng la jugak..last2 esoknye mmg MC la sbb tak brapa nak sedap badan..


c pice..dpt 6 bekas seme nye..3 bekas agar2 sirap bandung n 3  bekas agar2 sirap..tapi 1 aku amik setiap perasa..hihi..haaa yg mee tu lak..pagi jumaat nye makanan..saje buat mee goreng basah..ermm nyumm nyumm..mmg nyumii la..sekali sekala pekene..

dah memandang kan MC kan..aku pun buat la resepi APAM POLKADOT..kali ni mmg bersungguh2 aku buat sbb mmg nak bg mak bawak balik kampung..tapi tak smpi pun..sbb abis family mkn je..haha..lg pun adik aku n wife yg dok kat JB balik..tu yg saje buat tuk mkn2 family..

Alhamdulillah..ni lah hasilnya..sangat memberangsangkan..sgt suka aku tgk..ni pun sbb nak cepat siap aku buat penuh2..n mmg lah bam bam apam aku..tinggi n besar gitu..lg senang bila dah beli acuan nye..sgt murah pun 12 bekas 2 hengget jer..


sgt comel..geram aku tgk..sekali bacuhan tu dapat lah dlm 70 biji..tu pun sbb buat besar2..tapi klu buat biasa2 je..mesti lebih dr 70 biji boleh dapat..ermm tak caya lah..boleh abis kitorang seme mkn..haha..


yg ni lak..bacuhan dah dipecahkan ke 2 warna yg lain pink n hijau..pas tu aku pekat kan ckit kaler pink n jadi lah merah..hihi..


yg ni lak sebelum masak punye..saje kasi tayang..ade gak yg adik ipar buat..yg mcm2 corak tu..nina la yg buat..my adik ipar..haha..

yg paling best bila nina kata ade yg dia mkn kat kampung tak brape nak sedap..hehe..jgn marah ye..nina kata sedap lagi yg aku buat..hahaha..

erm k lah nnt sambung lagi yer, cerita sebelum raya n bila dah raya..sgt penat narnye ni sbb tak brapa sihat gak ari ni..tapi n3 ni yg asik bertangguh je..yg asik update ckit2 je ni harus gak la buat..ermm buat n3 kat blog ni harus..saje tuk kepuasan diri sendiri..

Tuesday, November 08, 2011

..Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat KAMI (^,^)..

Salam..Happy Mood.. :)

Alhamdulillah..Hari ni 08.11.11 KAMI menyambut Ulang Tahun Perkahwinan..3 tahun berlalu, hidup bersama suka & duka.. Tetapi inilah kehidupan yang saling melengkapi antara 1 sama lain..InsyaAllah..

Pahit manis, tawa nangis..itulah sebenarnye asam garam alam perkahwinan & Itulah Kemanisan kehidupan sepasang suami isteri..

Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan, maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.

Firman Allah:
“Sebahagian daripada tanda-tanda Allah swt, dicipta-Nya jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir.


“Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi, seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan, jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat dan
kurniakanlah kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
satukanlah hati kami dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadaMu..seperti Engkau satukan Nabi Adam dan Hawa, dan seperti Engkau satukan Nabi Yusof dan Zulaika, dan seperti Engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidatina Khadijah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan limpahkanlah kepada kami Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu, Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu, Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling Mencintai di kala dekat dan jauh, Saling menjaga kehormatan dikala jauh, Saling menghibur dikala duka, Saling mengingat di kala bahagia,n Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, Saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu, Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang..
amin amin amin ya rabbal alamin.."
Sesungguhnya..
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan dekat dihati untuk dicintainya
.

 “Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”

Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari Abu Said Al-Khudri.

Monday, November 07, 2011

..Seronoknye bercuti, tapi :( bila dh keje..

Salam..

arrgggh isnin sudahhh..seronoknya dapat bercuti..huhu..esok selasa dah keje balik..waaaaa nak nangis la..huhu..


tapi nak buat camne kan..keje tetap kene keje..kene cari rezeki..klu tak keje mane nak dpt income kan..lain la klu hidup dah kaya raya..so tak yah pk nak keje cari rezeki..

ermm ape2 pun kita yang berkerja tetap bersyukur kan sbb mampu cari rezeki untuk keluarga dan dpt rezeki yang Halal..hasil titik peluh sendiri..

dan bukan dari cara menindas org, bukan dari rasuah, mencuri dan sebagainya..harap2 semua tu dijauhkan dari kita semua..InsyaAllah..

ermm k lah..nak wat short story je nanrye ni..tapi terpanjang lak..sambil karang ni pun tgh layan bola narnye ni..Malaysia vs Singapura..Harap Malaysia Menang..

ermm k lah..tu je..nak story..tak sabo la nak tggu cuti Awal Muharam..yang hari isnin cuti lagi..hehe.. :)