Saturday, February 25, 2012

..Bergambo ngan ayu raudhah..

Salam..

Selamat berhujung minggu..haaa cer tgk pice ni..kenal tak sape sebelah teman ni..hehe..Ayu Radhah gemersik kalbu..ecceehh..hihi..ayu tgh shooting drama untuk TV Al-Hijrah..sbb tu dia bertudung..


alkisah nya pagi tadi bawak afiq n rana g klinik taman permata kat melawati ni..sbb selsema yg dh lame sgt..dr dlm kereta lagi dah nampak ramai org je kat luar klinik tu..rupa2nya ada shooting..

memula tgk cam tak kenal je pelakon perempuan ni..pelakon lelaki cam pernah tgk tapi tak ingat nama..pas tu bila dah masuk klinik daftar bagai..en suami tgk dr dalam klinik derang berlakon..n en suami kata ayu raudhah..n terus nurse2 tu kata..betul..derang dah siap bergambo bagai dah..hehe..

aku pun ape lagi nak la jugak bergambo kan..bila nmpk dia tgh dok betul2 kan tudung kat pintu klinik..terus lambai dr dlm klinik n buat gaya nak amik pice..ayu raudhah suh tggu jap sbb tgh nak shooting lagi..

kali kedua baru dpt amik gambo..lepas kitorang dah siap seme dlm klinik..n bila ayu raudhah tengah dok rehat..bila kuar klinik terus salam n amik pice..kurus je narnya ayu ni..cantik..lembut..n ramah..sonok bila jumpa artis yg tak sombong..

haha..yang klakarnya..leh lak aku panggil dia kakak wlupun tau umur dia lagi muda dr aku..hahaha..n 1 lagi..leh pulak dia tanya aku..cek yang ke-3 ke ni..aduhh..gelak aku dibuatnya..nampak sgt kebuncitannya..hahaha..

Friday, February 24, 2012

..Jom sedekahkan telekung lama..

Salam..

just nak share ngan kengkawan semua..jika ada masa terjah lah laman FB ni..Telekung Project..

Sebelum ni ada terbaca dlm blog rakan di alam maya ni..dan terus sy buka FB telekung project ni..dan terus rasa ingin berkongsi cerita..


InsyaAllah sy akan usahakan..Dan jika kengkawan ingin berbuat sama teruskan lah niat tu..Yang baik tak salah kita buat kan..

sebenarnya ini salah 1 cara untuk kita buat kerja2 yg boleh membantu kita di SANA nnt kan..InsyaAllah..

Dengan niat ikhlas membantu dan ingin mendapatkan keredhaan & kerahmatan Allah swt..Ya Allah, semoga usaha ini sentiasa berterusan tak kira dimana & siapa yang melakukan..amin..

copy paste dr "Telekung Project"

Assalamualaikum, sebar-sebarkan, pasti di rumah kita ada telekung terpakai yg masih elok dan tidak digunakan. Jika sudi, berikanlah telekung itu kepada pihak TP utk kami manfaatkan kegunaannya daripada ianya tersimpan. Jika ada yg sudi bekalkan yg baru juga kami terima dengan hati yg gembira. Telekung yang diberikan akan kami 'tag'kan dgn logo project kami dan kami akan bergerak dari wakaf ke waka...f utk kami bantu telekung-telekung wakaf yg tidak terbela nasibnya. Caranya mudah saja, kami gantikan telekung wakaf yg uzur dgn telekung yg telah ditagkan dan kami bawa pulang telekung wakaf utk kami rawat dan cuci. Selepas telekung wakaf kembali bersih, kami akan letakkan semula telekung wakaf utk ia menyambung khidmatnya dan telekung project akan kami bawa pulang utk dirawat dan diletakkan diwakaf lain pula...... Sokonglah kami walaupun hanya dgn sepasang telekung daripada anda semua, ianya sgt bermakna buat kami di keluarga TELEKUNG PROJECT.....

Salam ikhlas,
ADMIN TP
AZILA AZIZ

..Info : Peringatan buat wanita..

Salam..penghulu segala hari..hari jumaat datang lagi..semoga kita semua sentiasa dlm rahmatnya.. InsyaAllah..sekadar berkonsi info..tak rugi membacanya..buat panduan kita semua kaum hawa..



Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

"Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:

Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"
Orang yang gemuk tapi kurus
Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang alim tapi jahil

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.

Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
Ingat kepada Allah SWT
Lupakan budi baik mu pada orang lain.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
Ingat kepada mati.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
Minta talak.
Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

Wajib bagi wanita:
Mengekalkan malu pada suaminya.
Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
Mengikut kata-kata dan suruhannya.
Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
Berdiri menyambut kedatangannya.
Berdiri menghantar pemergiannya.
Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
Tiada khianat ketika tiada suaminya.
Memuliakan keluarga suaminya.
Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.




Thursday, February 23, 2012

..Ikan puyu melompat ke lantai..

Salam..

Alkisahnye, ikan puyu yg kita bela ni nak melarikan diri..aduyaaaiii..tak sangka sungguh ade niat begitu rupanya..huhu..


narnye dah 3 mlm berturut turut jadi..1st time jadi dlm kul  3 4 lebih pagi rasanya..tetiba aku dgr bunyi mende jatuh..aku tersedar, tapi diam je..sbb aku takut momok ke..atau ada org masuk umah..huhu..

mmg saaspen sbb dgr bunyi mcm org berjalan jalan..cam seret kaki pun ade..tapi aku kuat kan gak semangat bangun n terus kejut en husband..aku bgtau ade mende jatuh..nak kata angin tak la pulak..

sekali aku terpandang kat tepi langsir pintu bilik..ada mende hitam tgh bergerak2..sekali tengok ikan puyu daaa..terkezut la..dok pk camne ikan ni leh lepas ke lantai..

malam ke 2 pun sama jugak..tgh pagi2 buta tu..tersedar nak buat susu agaknya..nampak ikan ada lgi kat lantai..padahal dah tindih ngan bedak kat punutup aquarium tu..

pas tu mlm ke 3 pun sama..aku tersedar en husband tgh angkat kat tepi aku je..huhu..n letak balik dlm aquarium..aku pun pelik apesal ikan ni kuat melompat lak..n mlm tadi tak ada kejadian sbb 2 bedak besar aku tindih kat penutup..huhu..


memang aku tau ikan puyu ni kuat melompat..tapi tak sangka lak mmg kuat smpi kuar aquarium.. hehe.. c ade 6 ekor..tapi ada 1 ni nampak mcm sakit dah..ekor ikan ni mcm kene ragut je..kulit pun mcm dah tebal n hitam..tak mcm yg lelain..rasanya klu dah mcm ni..mmg tak lama lagi ikan ni akan tinggalkan aquarium la..huhu..

Wednesday, February 22, 2012

..Nak semua benda2 nie..

Salam..
n3 di mlm hari..disebabkan dah beberapa hari tak update..so n3 kali ni n3 luahan perasaan..eh bukan lah..n3 hajat di hati..haa yg ni boleh kot..

narnye sebelum2 ni hajat di hati tu op cos ade kan..cuma tak dinyatakan kat blog kesayangan ni..klu nak tu ikhtiar gak smpi dapat n alhamdulillah dpt ditunaikan..

tambah2 lak klu ape yg kita dpt tu hasil dr titik peluh kita sendiri kan..dah tentu le sayang..ermm cam laptop merah ku ni la.. :)


ermm dah tengok pice..dah tau la kan ape hajat di hati nak..buat masa ni mmg ni je la terfikir..mmg nak sgt la..huhu..

handphone dah lame nak tp asik tangguh je beli..sbb bile pk masih boleh guna tu yg asik tangguh..n skang bila dah susah nak charge bateri, kadang2 org call tapi tak dpt n masuk voice msg..tu yg nak gak tukar hpone..cuma wat masa nie tak pasti nak beli yg camne..huhu..

mesin jahit..terfikir nak beli sbb teringin nak jahit baju rana sendiri n jahit langsir bila2 ada kelapangan..mesin jahit arwah mak dah bg kat cik p, adik arwah mak..mesin singer lame..tapi byk dah berjasa..arwah mak mana pernah beli langsir siap..semenye arwah mak buat sendiri..n aku pernah gak try jahit langsir tuk umah aku sendiri..wlupun hanya untuk 2 pintu..hehe..tu yg rasa nak beli n jahit sendiri..

mixer lak..nak beli sbb nak buat kuih la..skang ni dah rajin sikit..sbb rasa berbaloi buat sendiri dr beli..mana yg senang dibuat la..klu susah mmg kompem beli dah siap jer..haha..so klu dah ade nnt insyaAllah bertambah rajin..n senang nak meniaga jual kuih.. hehehe..

rumah pulak..opcoz seme org ade hajat nak ade umah sendiri kan..mana yg dah ade tu tentu seronok beronok ronok kan.. :) Alhamdulillah sape yg dah ade..InsyaAllah klu Allah swt izinkan untuk kami anak beranak ade umah sendiri, insyaAllah ade la nnt.."Ya Allah kau permudahkanlah semua urusan kami ya Allah..Amin.."

n holiday..wahh..semua org seronok g bercuti sane sini kan..hilang kan tension bagai..tapi bg aku sekeluarga lame dah tak g cuti..ye la tahun lepas dugaan bersalin kan rana awal..dr awal tahun sampai nak dekat hujung tahun..seme ape yg dirancang terbantut..n skang arwah mak baru je meninggal..rasa tak de hati lagi nak berenjoy sgt2..melainkan jalan sikit2 tu, biasa2 tu..ade la..harap ade rezeki la kami sefamily bercuti kat area pantai..sbb mmg my feberet..

InsyaAllah..harap2 apa yg di hajati akan tercapai..tak kira la cepat atau lambat..InsyaAllah..amin.....



Sunday, February 19, 2012

..Barang mainan yg dah hancus dikerjekan..huhu..

Salam..

huhu..klu tgk tajuk pun dah tau kan ceritanya..alkisah smlm masa mengemas umah n bilik yg penuh mainan si afiq..baru tau mmg banyak sudah mainan yg hancus..

budak tecik yg baru nak masuk 2thn 4bln ni mmg saje je nak kene kan ibu ayah dia..huhu..tapi nak wat camne kan nama pun dak cik..hihi..baru nak blajar..nak kenal mcm2 perkara..so terima seadanya..haha..


ni koleksi car afiq yg dah hancus..huhu..yg hilang pun ada..sbb di buang afiq..seme kete mmg wajib hilang tayar..huhu..kete hitam tu guna remote narnye..tapi afiq main tak smpi seminggu dah tak leh jalan..sbb dipijak kete ni konon nak naik..tapi memula takut sbb kete bergerak..huhu..


lagi car yg hancus..n laptop kecik yg dh tercabut keypad n tmpt bateri..kejap je main elok2 nye..pas tu abis dibaling2 nye..


robot ben 10 yg dah tak cukup sifat..huhu..


haa jumpa lg car yg mmg hancur berkecai..


paling baru..rasanya baru je 2 mggu lebih..beli kat pasar mlm..9 hengget rasanya..dah tercabut kipasnya..huhu..lagi bertambah marah angry bird tu.. :)



haaa yg ni lak lagi sadis..basikal arwah opah belikan tuk afiq..ni baru je berlaku beberapa hari yg lalu..patah sudah leher nye..n tercabut raganya..tgh afiq dok main2 tetiba afiq kata.."bu tak bole aik dah..oshak dah.."..huhu..baik punyer afiq ckp cam tu..aku geleng kpale je ler..

akan dtg..akan selamat lah seme mainan2 ni..akan dpt umah baru kat tong sampah..huhu..sadis tul..

Saturday, February 18, 2012

..Daftar "Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan"..

Salam..

nak tanya ade ke sesiapa pernah dengar pasal skim ni..narnye aku baru tau narnye..rupanya Skim ni adalah untuk akhirat kematian..RM2500 akan diberi bila pemohon meninggal dunia..dan waris boleh menuntut duit skim daripada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk bantuan..

Ayah pernah cerita selepas arwah mak meninggal..Ayah & arwah mak ada daftar tahun lepas..seorang pemohon dan 2 pewaris..masa tu aku tak tahu bila pendaftaranya..n pagi tadi ada kaunter untuk pendaftaran baru..

disebabkan en husband keje hari ni, aku tak amik kesah la sgt xtvt yg berlaku kat padang bawah tu..dlm kul 11 lebih ayah dtg umah..n bagitau..terus aku call en husband bgtau nak buat..n bila ok aku pun turun la ngan dak tecik 2 org n ayah..


yuran pendaftaran sebanyak RM5.00..pas tu cek kawasan mana kita mengundi..klu kita mengundi mmg dlm wilayah kita boleh memohon skim ni, tapi klu mengundi luar wilayah kene tukar kawasan mengundi dulu..kena isi form tukar kawasan n baru boleh mohon skim ni..

dan aku hanya boleh daftar untuk diri sendiri shj, en husband & ayah aku sbg pewaris..dan en husband tak boleh mohon sbb en husband mengundi kat pahang..tapi klu nak mohon jugak kene tukar tmpt mengundi, baru leh mohon skim..lg pun en husband balik keje lambat..so tak dpt la nak buat kan..skim ni layak untuk semua bangsa..n umur lak klu tak silap dr 21 smpi 70 lbh.. klu tak salah la..

ayah ada cerita tadi..ada orang kata buat apa nak apply bukan kita dapat duit tu pun sbb dah mati kan..aduhh..aku pun tak faham mcm mane pemikiran org2 yg kata gitu..

sbb tujuan nye adalah untuk bantu waris2 yang tinggal dlm menguruskan org yang dah takde..mcm urusan pemgebumian..kenduri arwah..untuk sedekah jariah atas nama arwah..atau mungkin untuk langsaikan hutang2 si arwah..

wlupun tak banyak mana bg sesetengah pihak, tapi cukuplah kan untuk meringankan beban keluarga yg didalam kesedihan..apa pun ia, ini adalah 1 cara bantuan yg diberikan kepada kita..tak kira kita merasa atau tidak..yg penting bantuan ni bagus untuk meringankan bebanan sesetengah keluarga yang mmg memerlukan..


 
"tahukah kita, sebenarnya lebih elok kita bersedekah duit kepada waris org yang kehilangan org tersayang kerana bebanan dpt dikurangkan, kerana hati yang bercelaru dan dlm keadaan sedih..dan bukannya bersedekah pada org yg mengadakan majlis2 keramaian spt org kahwin..kerana dah pasti hati mereka lapang, gembira dan ada rezeki lebih..dan sebaiknya memberi hadiah kepada org yg dirai kerana bakal memulakan kehidupan yang baru.."

 
p/s: en husband kata mcm ada berbau politik..sbb membabitkan tmpt mengundi , kena tukar tmpt mengundi la..tapi nak wat camne..ape pun ia, terima je la seadanya jika bantuan ni memudahkan kita semua.. (^_^)
 
 

Friday, February 17, 2012

..Family = I luv You..


<^_^> ::: Everything has an END except famILY it has (I LUV YOU) if u luv ur family,,like & share this to ur status..

Thursday, February 16, 2012

..Alhamdulillah..rezeki..

Salam..

ermm dah dekat seminggu tak ber update blog nie..huhu..mcm kesibukan jer..huhu..balik umah dah penat..bukak internet jap pastu tido..tapi kadang2 mata ngantuk tapi tido lambat gak..huhu..

k lah just nak update ini cerita jer.. :) Alhamdulillah rezeki dari blog..wlupun tak banyak mana macam kawan2 lain..tapi tetap bersyukur..walau pun 10 hengget..tak ade org kan yg nak bagi suka suki..hehe..melainkan memang dengan niat nak bersedekah..

Alhamdulillah..pasni giat lagi la nak mengumpul.. :) ni baru cek yg ke 2 claim kat nuffnang..trima kasih nuffnang..pas ni masuk kan lagi yer..iklan2..hehe..n time kasih pd kawan2 yg menyumbangkan rezeki ni secara x langsung..

Friday, February 10, 2012

..Rana 10 bulan sudah..

Salam..

N3 larut malam..mata tak leh pejam wlupun rasa mengantuk..so karang n3 ni..ari rabu lepas rana g checkup kat klinik kesihatan sentul..yg seperti biasa mmg agak lambat..geram je rasa..

pejam celik pejam celik..rana dah 10 bulan dah..banyak benda rana blajar dah..klu letak bawah pantang nampak barang dah laju dah menjalar nak capai barang2 tu..

pas tu dh kenal org dah..sgt susah org lain nak dokong, bila rana usha muka agaknya tak kenal tak de dah nak sua tangan..lagi dia pegang baju kita tak nak org amik ada la..hehe..


Berat : 6.5kg
Panjang : 64cm
Ukuran kepala : 40cm
Ukuran dada : 41cm

wlupun berat rana tak naik sgt..tapi kata nurse kira ok, sebab BMI rana ok..next check up masa rana umur 1 tahun nnt..ada cucuk.. cian rana, mesti nangis.. :)

sayang dia..muaaaahh..sgt ngade pun ade jugak..hehe..kadang2 nak berdukung je..kadang tak nampak org kat depan mata merengek je..n kadang2 main sorang2 dlm katil lelama pun tak pa..sampai la terlelap sendiri..

klu ikut hati memang nak jaga sendiri je afiq ngan rana..kesian bila hantar kat org..klu dulu arwah mak jaga..tak kesah sgt..sbb tau dah mcm mana opah nye jaga n sayang sgt kat cucu2..

tapi bila org lain yg jaga..banyak mende gak nak dikira n nak di jaga..mintak dijauhkan perkara2 tak elok..harap pengasuh jaga mcm jaga anak2 buah sendiri..

tak pe lah afiq..rana..InsyaAllah sampai masa nanti ibu jaga sendiri yek..InsyaAllah rezeki ada dimana2 je..yang lagi penting Afiq & Rana..Ibu sayang dua2..wlupun ibu selalu mayah2 abg afiq..hehe..

Wednesday, February 08, 2012

..Sambungan cerita cuti..

Salam..

argghh..jap je dah abis cuti kan..huhu..pas ni sangap la nak dpt cuti free lagi..huhu..isnin ngan selasa cuti ganti Maulidur Rasul & Thaipusam..ari ni lak aku amik AL..

Alkisahnya..cuti hari isnin kami sefamily ke senawang g umah adik ayah..ada kenduri n baca yassin tuk umah baru acu..sangat besar umahnye..4 bilik..siap renovate dapur besar dah mcm ruang tamu..klu bilik tido leh dapat 4 bilik lg kat dapur tu..aduyaii..sgt best..n rege pun mmg sgt best lah..

gerak pagi dlm kul 10 lebih..singgah minum kt rnr nilai pastu terus gerak n sampai dlm kul 1 kot..kendurinye lepas zohor..so ngam2 je sampainye..kenduri ni family2 je..sbb acu n uncle khir tak kenal lagi jiran tetangga..

lepas solat zohor..terus mula ngan tazkirah dr pakcik roslan, n baca yassin..pastu makan tengahari..setel seme..duduk2 jap..ayah borak2 jap..dlm kul 4 lebih kitorang pun gerak balik KL..tak singgah mana pun sbb abangah keje mlm n lgpun esok nya kitorang lak ada kenduri..

pastu cuti ari selasa lak..kenduri kat umah kitorang..kenduri arwah mak 40 hari..sepatutnya ari ni, ari rabu..tapi semua sepakat buat semalam sbb seme cuti kan..Kenduri baca yassin mula lepas magrib..tapi mcm biasa siang nye kitorang seme masak memasak n mengemas la..ina, kak t, effa, kak maria n aku..

menu nye lak simpel jer..mee goreng, kek gula hangus, kuih koci cik limah sedekah, buah betik jiran sebelah umah sedekah, agar sirap kak t bawak, ade agar2 adik kak maria bawak..buah pisang air teh o..

setel dekat kul 10 lebih jugak la..seb baik ramai yg menolong basuh pinggan seme..kwn2 ina..effa..n setel la semenye..Alhamdulillah ramai yg dtg baca yassin untuk arwah mak..syukur..kejap je kan masa berlalu..

k lah tu jer..tapi sebelum tu layan pice2 yg tak seberapa ni..narnye asik lupa nak amik pice masa kenduri..huhu..


pice rana sebelum gerak g seremban..


pice afiq, rana, izul n fekar masa rehat kat rnr nilai..


haa ni la kura2 yg dapat umah baru tu..ni lak teman main afiq masa org sibuk nak masak afiq layan kura2..tapi kene tgk jugak..klu tak dibukak nye afiq..klu tak bg tengok sibuk la afiq kata "nak tengok tetel, nak tengok tetel"..


dan ni lah satu2nye menu yg sempat aku snap..ni pun teringat nak amik pice..sbb aku buat sendiri kek gula hangus ni..hehe..kali ni buat dlm bekas kecik..sbb malas nak potong2..hihi..sedap hingga licin lah..haha..ketawa riak jap..i'm sorry.. :)

Sunday, February 05, 2012

..Cuti tapi tak ke mana2 pun..

Salam..N3 ke 3 tuk hari ni..

just nak update simple xtvt cuti ari jumaat, sabtu  & ari ni..ahad ler..narnye dr jumaat dah cuti sbb tak sihat badan dari ptg khamis lagi..tu yg cuti ari jumaat..

tak de ke mana pun narnye cuti 3 hari ni..cuma layan anak2, wat keje umah, masak makan tido, g klinik, beli rumah & kawan baru untuk ikan puyu kitorang n lepak2 kat umah je..


ni la anak teruna ku & anak dara ku..rana dah boleh dok dlm walker..tapi kadang2 abg afiq nye pun nak dok dlm tu..tapi seb baik ade car ni..so abg afiq dok kat car adik rana dok dlm walker..hehe..


ni time g klinik..pagi sabtu..bawak rana sbb selsema n batuk2..huhu..cian anak ibu..


ha ni lak petang semalam nye keje..en suami g kedai beli makanan puyu..alih2 en suami usha la aquarium baru untuk ikan puyu belaan kami ni..sbb nye nak beli filter supaya air tak cepat kotor n bushuk..so kene la beli aquarium kaca..


so bila umah dah besar..kene la tambah kawan kan..klu tak nampak kosong lak nnt..en suami tambah lagi 3 ekor..jadinya ada 6 ekor semuanya ikan puyu ni..dulu ade 4 ekor, dah mati 1..huhu..rege aquarium ni..boleh la kot..en suami kata semua kene dlm RM70 lebih..tak hengat la..ikan puyu 3 ekor 6 hengget..filter ngan aquarium tak ingat rege sebenar brapa..


so babai la pada umah lama ikan2 puyu nie..dan umah lama ikan ni akan jadi umah baru lak untuk 2 ekor anak kura2 pendi kat umah ayah..nak letak anak kura2 dlm aquarium ikan puyu ayah tu nnt mati lak anak kura2 tu..kura2 kan tak leh air banyak..nnt i amik la pice kura2 tu.. ;)

dan hari ni nye xtvt..dok umah je..kemas umah, masak memasak, n makan..petang td ngat nak kuar g titiwangsa..sekali lif tak ade daaa..so batal la niat nak turun..n terus masak lempeng kat umah ayah n buat sambal ikan bilis pas tu makan.. :)..so tu je la xtvt nye..

n insyaAllah esok (isnin) kitorang seme sefamily akan ke senawang, seremban umah acu, adik ayah.. untuk kenduri umah baru acu..pas tu tak tau la kemana..n selasa lak insyaAllah kitorang pula wat kenduri baca yassin kat umah..nnt insyaAllah akan di update kat sini.. :)

..Kek gula hangus..

Salam..n3 kedua untuk hari ni..

jap je rasa kan..hari ni dah ahad..2 hari cuti dah berlalu..huhu..k lah just nak story pasal title kat atas ni.. :)

ermm mcm tak caya je..kali ni buat kek untuk orang lain..hahaha..bukan ape..narnye buat untuk makan sendiri n family ada la..pas tu bagi member2 sendiri makan ada la..tapi kali ni buat untuk org lain..

al-kisahnya hari khamis lepas member opis pesan kek gula hangus untuk bawak masuk bilik meeting..kira nak jamu org2 yg meeting le..so dgn rela la buatkan kek gula hangus ni..takut gak tak jadi narnye..tapi kira boleh la kan dari tak jadi langsung..haha..


ermmm penuh la 1 bekas ni..cuma yg tak beshnya..bagi aku la kan..kek ni macam manis sangat la..hehe..aku ikut sukatan yg betul..sebelum2 ni aku buat seme separuh dari sukatan..so bila ikut sebijik2 baru terasa kemanisan nye.. ;)

tak pe lah lain kali leh kurang kan gula..haha..n 1 lagi..adik aku kata n ayah tanya..sape buat kek ni..beli ke..aku kata buat sendiri la..n ina lak cakap..ye ke..cam tak caya je..sebab sedap..hahaha.. bangga kejap teman..hehehe..

..Salam Maulidur Rasul..

Salam Maulidur Rasul..Semoga kita semua berada dalam keadaan sebaik baiknya di hari mulia ini..Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw..


 
 
 
 
 
 
 
 
BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Info di copy dr Oh Media & Gambar dari sumber carian Google..