Saturday, April 30, 2011

..Info : Bolehkah kelahiran bayi pramatang dielakkan..

 Salam..Info lagi..sambung yer..

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan? 

Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :

• Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol. 
• Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis. 
• Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan.
• Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.

Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang: 

• Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi. 
• Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku 
• Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik. 

Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?

Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:

• Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi. 
• Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang. 
• Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak. 
• Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.

Temu janji untuk bayi pramatang (<32 minggu) adalah penting:

• Untuk menilai tahap pertumbuhan dan perkembangan. 
• Merawat komplikasi.

Sesetengah kanak-kanak akan memerlukan:

• Fisioterapi,terapi cara kerja dan lain-lain terapi. 
• Pendidikan khas

Friday, April 29, 2011

..Info : Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang..

Salam..
Jom sambung baca info lagi..Dan untuk pengetahuan semua info2 yang berkaitan bayi pramatang ni di amik dr internet..klu ada tersama dgn mane2 artikel..hrp sudi kiranya pihak2 terbabit untuk izinkan sy amik artikel ni dan di copy paste dlm blog ni yer.. time kasih byk2.. :)


Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang? 

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.

Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:

• Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru. 
• Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak. 
• Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.) 
• Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang. 
• Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis). 
• Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang. 
• Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi. 
• Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi. 
• Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat :

• Serebral palsi 
• Kecacatan otak 
• Sawan (Epilepsy) 
• Buta 
• Pekak 
• Ketidakupayaan Untuk Belajar 
• Perkembangan Lambat 
• Pembesaran Perlahan

Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi  34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup. 

Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas? 

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

• Mengawal suhu badan
o Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.

• Memeriksa tahap gula dalam badan  
o Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.

• Pembekalan Nutrisi 
o Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.

• Mengelakkan dari jangkitan 
o Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya : 

• Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan. 
• Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi. 
• Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat. 
• Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral. 
• Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan. 
• Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal. 
• Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius. 
• Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.

Isu Etika

• Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar. 
• Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan < 26 minggu dan berat badan < 800gm) dan sangat tenat.(contoh mengalami perdarahan otak yang teruk). 
• Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.

Thursday, April 28, 2011

..Info : Mengapakah bayi dilahirkan pramatang..

Salam...
Just nak share info dgn kwn..buat pengetahuan kita bersama..klu sblum ni kurang nak amik tau, tapi kali ni bila dh jadi kat diri seniri, baru la terfikir betapa penting nya menjaga kandungan demi kebaikan si anak..

Bilakah bayi dikatakan pramatang?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37-42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ianya dikatakan pramatang.

Adakah ramai bayi dilahirkan pramatang?

Insiden bayi pramatang berbeza-beza di antara Negara. Di Malaysia lebih kurang 8% bayi yang dilahirkan adalah pramatang.

Mengapakah bayi dilahirkan pramatang?

Sebab-sebab kejadian selalunya tidak diketahui,tetapi kadang-kadang diikuti dengan:

• Pecah mentuban awal yang mana disebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban. 
• Kelahiran bersalin tidak cukup bulan. 
• Pernah mengalami kelahiran pramatang. 
• Kandungan lebih dari satu contoh kembar 2 atau 3 dan seterusnya. 
• Uterus dan serviks yang luar biasa. 
• Kandungan yang mempunyai komplikasi contoh: tekanan darah tinggi semasa mengandung dan uri di bawah. 
• Kurang sokongan sosial. 
• Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung. 
• Jangkitan pada salur kencing. 
• Jangkitan sejak lahir di dalam uterus. 
• Kecacatan semula jadi sejak lahir. 

Bagaimana rupa dan tingkah laku bayi pramatang?

• Bayi pramatang dilahirkan kecil dan mempunyai sifat-sifat pramatang dan bergantung pada usia kandungan. 

• Berat badan bayi pramatang selalunya antara 500gm untuk usia kandungan 22 minggu hingga 1000gm untuk 28 minggu dan 1500gm untuk 32 minggu dan 2.5 kg untuk 37 minggu. 

• Tanda-tanda dan gejala bergantung pada komplikasi. 

• Kemungkinan mengalami tanda-tanda masalah pernafasan contoh nafas berbunyi, hidung kembang kempis,nafas kencang , kulit berwarna biru dan suhu badan tidak stabil.

Wednesday, April 27, 2011

..Mak masuk hospital, dah seminggu..

Salam kwn2..
 
n3 hr ni nak cite pasal mak..tak sangka dlm keadaan aku masih lagi dalam pantang..mak lak sakit..
narnye mak mmg kurang darah dlm badan..tiap2 bulan bila mak lemah2 n sejuk2 bdn jer..mesti dh agak kurang drh..n setiap kali g hpital mesti masuk drh..dokter kata anemia..
 
tapi nak di jadikan sebab, ada temujanji untuk masuk kamere nak tgk dlm perut mak ada luka2 ker yg menyebabkan mak kurang drh..tapi mak dah kata tak de berak drh, muntah drh ker..tapi dokter tetap nk tgk jugak..
byk kali dh temu janji, tapi mak asik tak g, sampai la hari isnin lepas 18.4.11..mlm sebelumnya mak kene puasa, n mkm ubat untuk buang segala mknan dlm perut..mak pulak mmg tak tahan lapar..
 
lepas mkn ubat tu terus mak asik membuang n muntah2..bila dh semalaman mcm tu terus la bdn jd lemah..bila dah buat skop dokter kata ok, takde ape2..pas tu bila balik umah..mak letih n asik tido..tgh mlm tu mak ajak ayah g hptal sbb bdn mmg tak larat n tak lalu mkn..
 
g hpital masuk air..kene dok kat wad menuggu kat wad emergency..tghr balik umah lik..petang lak mak semput n ajak ayah g hptal..dr isnin sampai la rabu ulang alik je ke hpital sampai la ptg rabu tu mak ajak g hpital..terus kene tahan wad..

mak mmg tak larat sampai nak berdiri pun tak bole..pas tu kene masuk air tgn badan sampai dah bengkak, guna tiub pernafasan, masuk salur kencing..

klu sesape tgk mmg tak lalu..sehingg hr ni, badan mak lemah, mamai mungkin byk ubat dah dimasukkan..tangan kene cucuk, kat peha kene cucuk untuk cuci drh..masuk tiub kencing n tiub tuk masukkan susu..sbb mak tak lalu mkn n minum..dokter pun tak bg mak mkn..

entah la..mcm2 narnye tapi tak lalu nak cite mcm mane..mak pun resah gelisah jer..kejap2 bangun kejap duduk..mamai je nmpk..tak cakap, bila tanya sepatah 2 je jawab..pandang org pun lame, pas tu baru kenal org..
 
masa mula2 mak masuk wad tu, along dah call seme adik beradik suh balik..n wat semboyan tuk adik aku kt jb tu balik..sbb tgk mak mmg lemah sgt..n mcm sesak nafas pun ade..

mmg aku takut n berdoa je yg mampu..ayah, ina, nuar n wife kat jb n pendi yg gilir2 jaga mak..aa pun ade..sementara derang ada leh lah ayah rehat ckit..sbb tau ayah mmg penat ulang alik ke hpital dr isnin tu lg..
 
hrp2 mak cepat sembuh n sihat mcm sebelum ni..klu ikutkan hati mmg geram jer..klu tak kerana buat skop tu..mesti mak tak jd mcm nie..ayah pun menyesal sbb bg mak buat bende ni..patut la mak dr dulu tak nak buat bende ni..rupanye mcm ni kesudahan nye..

"Ya Allah, Tolong Lah bantu ibu ku...Kembali kan lah kesihatan ibu ku..Panjang kan lah umur ibu ku..Ya Allah..amin"

narnye mcm2 yg jadi, tapi aku seniri pun tak sanggup nak cite.. :(

Tuesday, April 26, 2011

..Info : Bayi Pramatang perlu penjagaan RAPI..

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

  • Apakan keperluan bayi pramatang?
  • Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan. 

    • Apakah makanan untuk bayi pramatang?
    Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

    Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub. Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

    • Masalah bayi pramatang
    • Jaundis (penyakit kuning)

      Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
    • Apnea

      Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
    • Anemia (kurang darah)

      Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

    • Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)

      Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

      Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
      lebih baik.

      Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
      pernafasan.
    • Jangkitan

      Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
    • Patent Ductus Arteriosus(PDA)

      Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
    • Masalah Retina

      Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
    Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

    Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan
    otak.

    DICETAK DARI BERITA HARIAN ONLINE
    ---Forum-Paramedik-Malaysia---
    ~~~~susu ibu adalah vaksin pertama anak anda~~~~

     ..Info di amik dr internet..Klu info tak betul hrp bole bgtau..Sharing is Caring..

    Monday, April 25, 2011

    ..Ini lah “Cahaya Indah yang Berharga”..


    Salam kwn2..

    Inilah dia, permata hati kami..Insan baru dalam hidup kami..Yang diberi nama Nur Rana Nafeesa  bt. Rosli..Cahaya Indah Yang Berharga..tgk la ckit pice2 ni yer..

    Tapi sebelum nak story, harap kwn2 boleh doakan kesihatan mak..semoga mak cepat sembuh dan sihat mcm biasa..Narnye mak dah seminggu ada dlm wad kat hospital sg.buloh..in advance, trima kasih byk2 pada yg sudi mendoakan..nnt dlm next n3 aku critekan yer..




    K lah sambung cite pasal adik..Klu ikut kan mmg tak leh amik pice, tapi hati tetap nak amik sbb nak tgk bila balik umah..huhu..n 1 lg, seme crite2 pasal rana dlm blog aku ni n pice yg aku letak ni, bukan la nak mintak simpati sesiapa..tapi sekadar coretan untuk dijadikan kenangan abadi buat kami sekeluarga.. Mana tau panjang umur boleh la bg anak2 baca apa yg ibu diorang karang ni.. :)

    Ermm..klu tgk pice ni mesti rasa sedih kan..tapi tak pe bagi aku n hubby ni lah yg terbaik buat adik..dah tertulis, adik akan lahir dgn cara mcm ni..Semua nya ada hikmah di sebalik nya..

    Alhamdulillah, semalam tanggal 24.04.11..adik dah cecah berat masa lahir..1.06kg..dan semalam jugak lah secara rasmi nya aku nampak wajah adik tanpa alat bantuan pernafasan..mula2 ngat kan baby lain, tapi bila tgk dekat2 sah mmg adik..n tgk nama pun mmg nama aku.. hehe..

    Aku tanya nurse mmg tak pakai dah ke..rupanye2 bila nurse xpalin baru tau..Alhamdulillah, adik pandai, bijak dgr ckp ibu ayah..Nurse kata bila berat dah 1kg ke atas, derang akan ajar baby untuk bernafas seniri..

    1 jam tanpa bantuan, 3 jam dgn bantuan..klu ok akan jadi 2 jam tanpa bantuan pernafasan.. mcm tu lah seterusnya klu dokter tgk baby ok..tak pakai dah la alat tu..syukur Alhamdulillah..nurse kata mula2 masa tak pakai tu ade la mcm penat ckit tapi pas tu tak de dah..ape2 pun tgk pada baby..

    Nurse mlm td yg xplain lak agak ramah..mcm2 dia crite..pasal susu ibu & sentuhan yg mmg baik untuk baby..dan 1 lg, nurse tu bgtau, klu boleh beli pampers yg murah2 je..sbb derang akan tukar pampers setiap 3 jam skali..klu beli yg mahal rugi lah..huhu..

    ermm mmg aku prasan pampers cepat abis rupanya begitu caranya..untuk kebaikan baby..mmg kene sentiasa jaga kebersihan..aku n hubby beli huggies new born 52 kpg, rm26.90..sbb masa afiq dulu pakai drypers bontot merah2..pakai huggies ok..tu yg adik pun terus guna huggies..

    so lik dr hpital smlm singgah UO ampang..cari selain dr huggies agak mahal la jugak bila di compare kan..drypers 28kpg rm 17++.. Fitti basic 28 kpg rm 19++..pas tu tak de yg besar lak, abis kot..alih2 nampak petpet 64kpg rege sama ngan huggies..rm26.90..ermm akhirnya terus amik je la..

    mungkin kat UO tak byk pilihan..tapi smlm tak sempat nk g tmpt lain sbb dh mlm..tu yg terus amik je petpet..so kwn2 klu tau ade pampers yg lagi murah dan ok..hrp boleh la bgtau yer...

    erm k lah..Harap2 mlm ni g tgk adik, akan naik lagi la berat badan adik..tak sabar tgk perubahan  adik..tapi tu la kdg2 berat turun jugak atau pun sama jer..hehe..tak pe lah yg penting adik sihat..Syukur Alhamdulillah..

    Monday, April 18, 2011

    ..Last Part – Rasmi sudah nama adik setelah didaftarkan di JPN..

    As’salam..ermm..panjang lebar nye dah bercerita nie kan.. :) .. tak pe lah.. ni la namanya pengalaman..k lah, ni nak sambung ckit lagi..

    Narnya nama untuk anak perempuan mmg tak cari lagi..Cuma ada la 1 nama yg mmg aku simpan dari 1st pregnen lg..ye la masa ngandung yg pertama, aku n hubby mmg standby 2 nama...1 tuk boboy, 1 tuk gegirl..bila dpt afiq, nama gegirl tu simpan je la.. :)

    Klu ikutkan ade la dlm 1, 2 mggu sblum aku bersalin, aku start dh tgk nama2 anak..tambah lak bila dokter scan mmg tak nampak jantina anak, dokter kata mcm gegirl, sbb klu boy 6 bulan ke atas dh nmpk dah..pas tu ramai lak yg tgk rupa aku kata aku ni mcm dpt anak prempuan..

    So mmg kali ni aku try cari nama anak prempuan je la.. :) mmg sronok tgk senarai nama2 anak..tak tahu nak ubuh yg mane..hubby pun try cr gak..tapi sbb aku n hubby mmg dah ada cara seniri nak pilih nama..so kene la buat..

    Kitorang mmg nak nama anak lelaki ada nama Muhammad & anak prempuan ada Nur..Dan nama yg blakang tu mesti R & N.. sbb nya en hubby kata nama ibu ayah tak de Muhammad & Nur..tu yg nak nama anak letak nama2 tu.. Alhamdulillah syukur..Akhirnya pilih punya pilih nama yg disimpan sekian lama jadi nama adik.. tu yg dpt skang nama anak Muhammad Rafiq Naufal (Teman yg Dermawan) & Nur Rana Nafeesa (Cahaya Indah yg Berharga)..

    Ari isnin, 11 hb 4..baru hubby sempat nak g daftarkan anak kat JPN..ye lah, aku kuar hptal ari rabu tu pun dah petang..ari kamis n jumaat lak hubby tak sempat nak g daftar sbb kitorang kene g hpital tuk antar susu..sbb stok tak byk lg time tu..Alhamdulillah skang byk la jugak wlupun skali pam tu dpt dlm 1 oz lebih ke 3 oz lebih..

    Petang isnin tu, lepas lawat adik, terus g JPN maluri..ngat kan tak ramai org..rupa2 nye ramai la pulak..dulu klu tak silap hubby kata kaunter pendaftaran kelahiran lain2..skang ni campur jer seme urusan..tu yg lambat..ye la kitorang kene menungu dkt lebih 60 ke 70 org baru smpi turn kitorang.. huhu.. alih2 aku n hubby pakat balik, hubby kata sok je la g semula..

    Ari slasa lak lepas hubby hantar aku g sepital, hubby tgk adik jap pas tu terus g JPN..kali ni tak lama sgt la hubby kata..lepas daftar hubby dtg balik hpital.. maka sah la nama adik Nur Rana Nafeesa bt Rosli..sronok bila tgk surat beranak adik..no ic pun dah ade..sebulan nnt baru leh amik ic adik..hehe..

    Kadang2 teringin nak cium pipi adik, tapi apekan daya ibu ayah tak boleh buat mcm tu lg..Hari2 ibu ayah dtg..Alhamdulillah, adik dah nampak lain, adik makin besar..hehe..

    Dari 1ml adik minum dedek ibu, hr ke 2 adik lahir, skang adik dah berusia 15hr, adik dah minum 16ml dan akan bertambah nnt..adik pandai dgr cakap ibu minum dedek byk2.. :)

    Adik, Ibu Ayah doa, Moga Adik cepat bertambah berat & sihat slalu..Sentiasa di lindungi Allah swt..tak sabar ibu nak bawak adik balik umah dan jaga adik..nak bg abg afiq tgk adik n main ngan adik..

    “Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada Mu ku berserah & bermohon, Engkau lah yang Maha Berkuasa yang mencipta segala-galanya..dan Engkau lah Maha Mengasihani lagi Maha Menyayangi akan Hamba2 Mu.. Ya Allah, ku mohon, Semoga anak-anak ku sentiasa dilindungi oleh Mu, Ya Allah..Semoga Anak-anak ku membesar dgn sihat & kuat, Ya Allah..Semoga anak-anak ku menjadi anak yang soleh & solehah, Ya Allah..Semoga Anak-anak ku menjadi anak yang menghormati & mendengar kata org tua nya, Ya Allah..Semoga Anak-anak ku menjadi orang yang berjaya di dlm kehidupan apabila dewasa kelak, Ya Allah.. menjadi seorang yang bijak pandai, baik, cergas & dapat menjaga org tuanya kelak, Ya Allah..Amin Amin Ya Rabbal alamin..”

    Adik, semoga cepat bertambah berat badan & sentiasa sihat, yer adik..Muaaaahh ibu cayang abg afiq & adik rana, ayah abg afiq & adik rana pun..hehe..

    K lah, kwn2 ni je la corat coret serba byk.. ;) yg sengaja di coret kan kat sini.. lama dah tak meng update blog narnye..nie baru mengupdate..hehe..moga2 lepas nie aku rajin mengupdate kisah2 kehidupan kami sekeluarga.. 

    ”Tiada lain, hanya Ceritera Kisah Kasih Kami Sekeluarga..” :)

    Semoga hari2 kita sentiasa disinari cahaya indah..untuk menemani kita sepanjang hayat..

    ..Part 5 – Kencing kotor punca bersalin awal..


    As’salam kwn2..nak citer lagi nie, inilah puncanya aku bersalin awal..kwn2 yang pregnen hati2 la yer..klu rasa kencing tak puas cepat2 la g check..takut nnt jadi mcm aku lak..huhu..

    Memang tak sangka narnye..rupa2 nya Kencing kotor boleh menyebabkan contraction dtg..apesal la aku tak prasan...ker aku ambil mudah kali nie..huhu..narnye sehari 2 sebelum tu mmg aku rasa tak selesa..rasa mcm kerap jer buang air kecik..

    Jap2 nak g toilet.. rasa mcm tak puas..tapi tak la sampai sakit nak buang air kecik..pas tu aku lak kurang minum air putih..mane tak nye jadi kencing kotor..

    Ari nak bersalin tu, dokter mintak air kencing & specimen keputihan tuk cek..alhamdulillah dokter kata keputihan tu normal..Cuma masalah nye air kencing kotor, tu yang menyebabkan contraction dtg..

    Dokter dah bg ubat untuk ubat air kencing kotor, ubat tahan sakit..tapi tak berkesan jugak..so akhirnya aku tetap bersalin wlupun dpt bertahan sehari semalam jer..

    Tapi Syukur Alhamdulillah, wlupun aku demam & puasa dr siang nyer lagi..masa bersalin dapat gak aku push..wlupun rasa mcm tak de tenaga nak push..dan berpeluh punya la byk..basah rambut dibuatnye..

    Ermm..Wlupun mula2 aku rasa salah aku sbb jadi mcm ni, tapi bila hubby bg nasihat.. Alhamdulillah skang aku leh trima..Inilah bahagian aku, dugaan untuk aku & suami..Untuk Menguji hambanya menjadi lebih kuat & tabah..

    Wlupun anak aku dilahirkan tak cukup bulan, Alhamdulillah, aku tetap bersyukur.. anak ku cukup sifat dan tiada masalah lain..wlupun dokter mengingatkan aku bayi tak cukup matang segala2 galanya anggota dalaman tak cukup matang..dan perjalanan bayi untuk mencapai tahap berat yang sepatunya 1.8kg pun masih panjang..

    Dan aku juga bersyukur kerana aku diberi kan kesihatan yang baik..Syukur Alhamdulillah, tanpa jahitan aku senang bergerak untuk berjalan tiap2 hari tengok adik di hospital..

    Nurse di klinik pun terkejut tgk surat dr hospital, yg diserah kan hubby untuk report kelahiran..dia kata lahir tak cukup bulan, tapi bersalin normal mcm org cukup bulan..sbb kat hospital pun, mmg kebanyakan nye seme operate.. :) Syukur Alhamdulillah..

    Ok lah, nnt sambung citer lagi yer..
     

    Friday, April 15, 2011

    ..Part 4 – Menangis bila 1st time tgk baby..

    As’salam..sambung cite lg yek..

    Pagi isnin tu lepas hubby dtg, baru kitorang g tgk baby..aku takut tapi nak tgk jugak..bila sampai jer kat tmpt baby, dah nak menitik air mata tapi aku tahan gak..tapi bila aku usap2 n ckp ngan baby...mmg tak tahan dah..terus berjurai jurai air mata aku kuar..huhu..

    Tambah2 lak bila nurse kata nak susu untuk baby, aku jd lg sedih..sbb bila pam susu tak kuar..huhu..last2 aku kuar n ade lak ketua jururawat nampak aku nangis..dia tanya knapa nie..hubby jawab aku sedih tgk baby..

    Nurse tu tarik balik aku g kat tmpt baby..dia xplain kat aku mcm2..n bgtau ade yg lg kecik dr baby aku, 600++kg jer..semua baby kat sini sama, ada masalah, ibu kene kuat tuk baby n kene usap baby n borak ngan baby n bagi susu bdn..huhu..mmg aku nangis teresak esak..tambah lak pk pasal susu..

    Nurse tu kata tak pe, klu dpt ckit bg jer..dapat 1 cc pun jadi la..mula2 aku tak tau 1 cc tu ape, rupanya bila nurse bhgn penyusuan xplain baru aku tau..1cc = 1ml..rupanya kat botol susu ada, aku yg tak prasan..

    Balik ke ward aku try pam letrik yg ada disediakan kat situ, try byk kali mmg tak kuar..last2 tanya nurse kat NICU, kata baby puasa 1 hari isnin tu, klu tak bg susu badan derang akan bg susu tepung, derang pun ckp susu tepung tak sama dgn susu ibu..

    Aku try picit guna tgn, ade kuar tp setitik dua, mmg nak nangis dibuat nya..aku sedih takut n mcm2 pk pasal baby..takut susu tak kuar padahal baby sgt2 perlukan susu badan..

    Ari selasa, bgn pagi aku dh rasa benkak dah narnyer..n bgtau hubby, hubby kata kene beli gak pam susu yg elok ckit..mcm kwn2 opis hubby ckp n guna..pagi tu hubby g sendiri ManjaKu ampang tuk cari pam susu..

    sementara tuggu hubby aku try picit guna tgn, mmg sakit..pas tu ade lak sorang ibu jugak anak nye tak cukup bulan, anak sulung lak tu, tgk rupa nmpk mcm ok je dia, tapi rupanya sedih dlm diam mcm aku jugak, sbb ada skali tu aku nmpk dia menangis dlm bilik susu..dia kata tension dok kat katil sbb seme org ada baby..tu yg dia suka dok kat bilik pam susu.. muda lg org nye awal 20 an..tapi yg best nye susu dia punya la byk..ari2 time pam mesti kitorang terserempak..dia pun byk tolong aku..bgtau kene picit guna tgn n jgn tension2..

    pas hubby beli pam susu, terus hantar ke hsptal..beli pam susu event, mmg mahal tapi hubby ckp alang2 beli biar elok, tak nak jd mcm sebelum ni, beli yg biasa2 je, pas tu pam tak kuar n pam pun tak kuat..

    tghr tu masa tgh nak pam kat bilik susu, nurse bhgn penyususan dtg, dia ajar mcm mane nak picit, klu tak leh guna pam try guna tgn..pas tu siap tolong lg..huhu, masa tu prasaan malu dah tolak ke tepi dah...yg tau nak dpt kan susu untuk baby..org ramai kat bilik susu pun dah tak hirau dah..

    tapi bila pam tak kuar jugak, nurse tu bg shrink untuk sedut susu yg kuar setitik dua tu..mmg sedih sgt, tapi nurse tu kata jgn tension2 sgt, nnt susu susah nak kuar jugak..sbb susu yg pekat tu mmg susah nak kuar klu baby tak hisap..nak tak nak mmg kene picit guna tgn tuk memula..

    alih2 aku try 2, 3 kali jugak, aku buat mcm nurse tu ajar..1st time buat ngan nurse tu dpt 1ml..pas tu terus bg kat baby, nurse terus masuk kan susu ikut tiub..huhu..sedih tgk baby minum ckit jer..tapi nurse tu kata mmg baby minum 1ml jer, nak tgk baby ok ke tak..lama2 baru derang akan naik kan sukatan..

    nurse tu kata baby minum 3 jam skali, so kene antar susu bila dah pam..ptg lak aku buat lagi kali ni ngan hubby..dapat la 1.5ml..n terus antar kat baby, nurse terus bg minum..pas tu buat dpt la bertambah ckit2.. tapi tak sampai 1oz pun..

    tapi byk tu pun dah cukup Alhamdulillah bg aku..mlm selasa tu breast dah sakit dah.. bengkak sgt.. tapi nak tak nak kene picit jugak..huhu..sakitnya tuhan je yg tau..ari rabu tu Alhamdulillah makin byk.. setiap 1 stgh jam @ 2 jam aku pam.. dpt la 20cc dkt2 1oz, tu la yg buat stok untuk baby sebelum balik umah..

    sbb nya ari rabu aku dah boleh kluar, masa nak balik mmg aku nangis..sedih sbb kene tgglkan baby kat hptal..masa aku kat ward rasa dekat la jugak wlupun dok lain2 wad, tapi bila dah kuar hptal rasa lain lak..

    Sepanjang jalan nak balik umah aku nangis..aku ckp kat hubby cian baby, ni semua salah aku adik lahir awal..huhu..hubby marah aku..hubby ckp ni semua dah ditentukan, ada hikmah semuanya..mmg klu ikutkan hati aku rasa salah aku..kesian baby..nape aku tak alert kali ni...nape aku tak sedar kali ni..

    huhu..k lah nnt sambung lg yer..nak g tgk adik..Narnye story mory nie aku karang masa kat hpital..sambil2 tgk adik n rehat..aku karang..lepas pam susu, karang ckit2 lg..pas tu copy paste kat dlm blog..klu ada ayat berterabur tu, sori la yer..