Monday, May 31, 2010

...DouBle BirThDay GiveAway by LieSsa...

 Salam Seme...
N3 ni akan kekal sepanjang bulan nie..tuk new n3 pliz scroll down...

Wah tetiba rasa nak buat GiveAway lak...Dengan kata sepakat aku n hubby...n ade rezeki lebih...Alhamdulillah...Maka tercipta la Giveaway nie...

Mesti ada yg tertanya kan nape giveaway nie diberi nama sedemikian rupa...Narnye Giveaway nie sempena genap sebulan blog baru ku beroperasi, 4 april lalu n genap nye umur ku 28 thn pd ujung bulan nie...hihi...makin berumur sudaa...


ok la, dipendekkan cite...setiap giveaway or contest mesti ade rules kan...ni rules nyer...simple jer...n terbuka pada sesiapa yg ada blog yer...

1. Buat N3 bertajuk "DouBle BirThDay GiveAway by LieSsa"...letak banner sekali, beserta link... (Untuk Mem 'promote' kan giveaway ni..)
 2. Letak Banner ni kat sidebar blog masing2 beserta link juga...
3. 'Harus' la menjadi Pengikut Ku dan MyCollection2U...Follower la...(2 blog la maknanye yer)...
4. N last...tinggalkan link n3 giveaway kawan2 seme kat n3 ni sahaja yer...n3 lain tak mau yer...

HADIAH?...ha jgn risau...ADA...hadiah akan ditaja oleh MyCollection2U...Eh blog aku jugak la...hehe...klu nak tau hadiah ape g la terjah blog penaja yer...Salah 1 brg2 tersebut akan ada di tangan anda yg bertuah...Pemilihan akan dibuat melalui cabutan oleh My Hubby... 

Sebanyak 2 cabutan akan dibuat...klu ramai yang men'join'kan diri tak mustahil boleh ditambah lagi beberapa pemenang...harap2 ade la yek...hehe...

Ok, secara rasminye, Giveaway ni akan bermula hari nie 4 May sempena genap sebulan blog Mycollection2u...dan berlangsung selama 28 hari ikut umur aku daa...sehingga 31 May, besday ku....hahaha...

"Dateline 31st May 2010"

Keputusan akan diumumkan pada 4 Jun 2010...

...Gud Luck...

...31st May sudaaa datang...

Salam ceria di pagi Isnin...

Haaa pejam celik pejam celik...pagi petang siang malam...dah sampai hujung bulan kan...so nak bagitau kul 11.59 mlm nanti GA tutup yer...takde talian hayat yer tuk yg nk hantar selepas time tu...hehehe...

n yg paling best...hari ni umur ku dh genap 28 tahun...wahhh...cam bangga jer yek bunyi yek...padahal dh makin tua dh nie...hehehe...tak pe la yg penting hari2 yg bakal mendatang nie akan ku tempuhi jugak dgn sebaik baiknye... walau ape pun cubaan dan dugaan... dan doa selebihnya biarla aku je yg tahu...

...HaPpY BirthDay To Me...


...Pice tq to Cik Puan Images Google...

Friday, May 28, 2010

...Update List Peserta Giveaway...

Salam kengkawan...

Wah agak suka n suka lah...bila dh update list ni...agak ramai jugak yg join...TQ kengkawan coz support GA nie...k la, nama2 peserta tuk giveaway dh update...kalau nama kawan2 seme takde dlm list...jangan segan jangan malu...bagitau jer yek...takut ade yg terlepas pandang...

N lagi 1, sebelum ni keputusan akan di umumkan pada 4 jun kan...tapi andai kata masa mengizinkan maybe keputusan akan di umumkan lebih cepat yer...

So pada kengkawan yg tak join lagi jom join...masih ade masa lagi nie...hehehe..

...Renungan : 30 larangan kepada wanita...

Salam...masih info berkaitan wanita lagi...jom baca...

30 larangan kepada wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Oleh : Ummu Hawwa

...Renungan Di Pagi Jumaat : 2 Tabiat bawa ke Neraka...


 Salam...haa hr ni cuti...selamat bercuti yer seme kengkawan...k la, hari ni nak share info ni yg aku amik dr simpanan emel aku...emel crite2 mcm ni mmg aku simpan...so skang nk share ngan seme...andai pernah baca anggap la info ni sekadar peringatan tuk kita semua...termasuk aku...rupa2 nya perkara yg kita (wanita) buat atau tabiat n kadang2 tak terfikir akan keburukan nye boleh membawa ke neraka..."Ya Allah Ampunkan lah Dosa Dosa kami dan lindungi kami kaum wanita, Ya Allah...Amin"...

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']


Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1.  Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Thursday, May 27, 2010

...Crite xtvt minggu lepas...

Salam seme...

erm baru nk hupdate cite mggu lepas...biar la lambat...janji buat jugak n3 tuk story ujung mggu...erm wlupun dh mcm lupa je ape xtvt kitorang...blasah je la story kali nie...ni seme gara2 lepas tak sehat bdn mggu lepas la n terus jd malas jap...hehe...n pas tu pasal mycollection2u, cbuk hupdate dia je sampai blog  yg nie tak hupdate...huhu...tapi ade gak curi2 hupdate pasal gigi afiq tu...hak hak hak...

minggu nie tak kemana pun...dok umah je...ye la kata badan baru nak baik kan...dh la jumaat MC takkan ari sabtu nak merayau lak...nnt naik demam lagi...huhu...ari jumaat MC tu dok melepek je kat umah ngan afiq...sabtu pun same je...ibu afiq tinggal ngan afiq kejap sbb ayah g repair wira...ye la...ayah afiq kata kete kene repair ckit2 dah, sbb pas ni ibu afiq kene drive sendiri dah myvi tu g keje...huhu...ayah afiq kata paling lewat sbelum puasa dh mmg kene drive seniri...takut tak takut kono jugak...hua hua hua...

pas tu ari ahad lak...pas bekfest dlm kul 10 lebih kitorang g tesco...pas tu g amik stok kain ngan telekung... lepas dah setel seme...g cari makan tghr lak kat area jelatek...berdepan ngan pulapol...ade medan selera kat situ...kitorang tapau gulai kari daging, ayam kampung goreng 2 ketul ngan ulam2 + sambal blacan ngan budu...kene cas dlm 15 hengget...nasi tak do sbb nk masak seniri...rasa mahal la jugak tapi hubby kata biasa la rege cam nie... 

 

haa...pice afiq ni saje nak tepek gak masa afiq tgh main...masa ni dh balik dh dr jalan2...tgk la suka dia main ngan doremon yg opah beli kan...pas tu sempat lg nak snap pice gigi afiq yg dh cite dlm n3 sebelum ni...erm tapi tak nampak la...haha...


pas tu dok petang2 tu kitorang yg tak de keje ni...cari la keje nak wat...haha...kitorang dok kira duit syiling...ayah afiq nie suka menabung...klu ade duit syiling mesti dia simpan dlm beg cam dlm pice tu...beg tu nampak je kecik tp muat ratus2 duit syiling tau dlm tu...betul...tak tipu...hehe...klu g kedai, org mintak duit syiling ayah afiq mesti kata takde walaupun ade narnye...hehe...sbb ayah afiq akan simpan ari2 duit syiling...

tgk la pice tu...nk senang kira mula2 kitorang asing kan duit syiling tu,5sen 10sen 20sen n 50sen...pas tu baru mula kira...haa...hasil kumpulan syiling hubby ade la dlm RM....ha cuba teka...ha ha ha...teka la dlm beg plastik merah tu ade bape syiling...hehe...tak yah la teka2...hasil menabung hubby ade la dlm RM325++... haa kira byk la tu kan...so jom kita menabung ramai2...erm tapi aku malas lak menabung, cam ne ni...hik hik hik...


ari isnin lak, kan aku amik cuti, replacement leave sbb opah afiq de cek kat hospital...yang best nyer aku berjaya meracun hubby supaya tak koje jugak...hahaha...erm tapi yg tak besh nye lak...bila dah cuti hubby ade la pulak plan nyer...hubby g sambung repair kete wira..kui kui kui...tggl afiq ngan ibu lg kat umah...

tggl kat umah ape lagi main ngan afiq la...pas tu bila nak masak tghr letak afiq dlm walker pas tu kasi dgr cd kumpulan Alif...nyanyi lagu alif ba ta...erm bukan main suke lagi...kusyuk...pastu ptg tu pas lik dr hospital opah, atuk ngan pakcu ndi dtg lak...mkn2, duduk2 jap ptg lik...pastu bila opah atuk balik, kitorang pun turun skali sbb ibu afiq nak blajar parking ngan ayah afiq...haha...nak ingat balik narnye...

erm nak tau 1 cite tak...tgh nak masak tghr tu kan, nak blander cili kering, tetiba pemutar blander tercabut...abis bersepah dapur ngan cili...huh mmg panas la kejap ati masa tu...tp nasib baik hubby ade...tu la ade hikmah nye hubby tak keje...haha...so keje hubby ptg tu lepas balik dr repair kete mengelap lantai dan dinding la pulak...hak hak hak...


ha yg ni saje gak nak tepek...cara tido hero2 ibu nie...sama je kan cara ayah ngan anak nye nie...haha...sori la yer pice si ayah kene blur kan ckit...sbb agak seksi la...haha...jgn marah ye ayah...ibu afiq bom lambat masa nie...pas tu saje je snap pice sbb tgk cara tido same...alih2 pas tu ayah afiq jaga sbb ade lampu camera...kui kui kui...kantoi...


huh...ok la, tu jer la yek yg di story kan tuk mggu nie...k taadaaa...

Tuesday, May 25, 2010

...Gigi pertama afiq...

Salam...
haaa ni nak cite...ter xcited gak la...hehe...ahad ari tu g tesco...cam biasa beli brg ckit2...pas tu masa tgh beratur kat kaunter nak bayar, main2 la ngan afiq...afiq dok dlm baby carrier ayah bawak...

tgh main agah2 dak cik afiq nie...tetiba terprasan mende putih dlm mulut afiq...lap2 la mulut afiq...alih2, tgk2 rupanye Gigi...hehe...1st gigi afiq tumbuh belah bawah sebelah kanan...masa umur afiq 6 bulan 3 minggu lebih....erm mmg ter xcited la ibu ngan ayah afiq...haha...

patut la 2, 3 mggu ni afiq cam meragam jer...tapi Alhamdulillah seb baik tak de demam...pas tu abis seme mainan nak bawak masuk mulut...pas tu isap n tarik kuar...

2 pice ni...tq to Mr. Google...erm cam ame jer ngan pice zack...ahaksss...mmg ame pun...hehe...


pas ni klu gigi afiq dh tumbuh besar...kene lamandi jugak...gosok gigi la...hehe...

...Renungan : CIUM TAPAK TANGAN, BERBAUKAH ATAU TIDAK?

Salam...lamenye tak hupdate blog...rasa kosong je blog tanpa n3 baru...hehe...

K lah, ni saje nak share Info dgn kwn2 seme...Narnye n3 ni sepatutnya disiarkan...eceh....hehe...patutnye di poskan ari jumaat mggu lepas...tapi disebabkan tuan umah yg tak brapa nak sehat...so tertangguh la n3 ni...rasa cam lain je bila bende yg selalu kita buat, tak dpt buat...huhu...rasa cam ade yg kurang je kat blog ni...

ni pun ade 1 lagi utang ngan blog...n3 pasal xtvt ujung mggu aku...huhu...tak pe lah ade masa nnt aku hupdate la story mory dr cuti ari jumaat sampai la semalam, isnin pun cuti jugak...hehe... 

skang ni layan la ye info ni dan renung2 kan lah...buat peringatan tuk diri sendiri jugak...

............................................

CIUM TAPAK TANGAN, BERBAUKAH ATAU TIDAK?

from jayaphoto.com 

CIUM TAPAK TANGAN, BERBAUKAH ATAU TIDAK?

Maksudnya: Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum bercerita perihal orang lain.

Tapak tangan tidak akan mengeluarkan apa-apa bau. Ia hanya akan berbau sekiranya kita memegang sesuatu yang berbau. Jika terbau sesuatu, hendaklah mencium tangan sendiri dahulu sebelum menuduh orang lain, mungkin tangan sendiri yang membawa bau tersebut.

Berbagai cerita dan anggapan yang kita dengar dari rakan-rakan kita dan orang ramai. Masing-masing ada anggapan dan versi yang tersendiri tentang sesuatu peristiwa tersebut. Namun begitu, itu semua adalah anggapan sahaja yang tidak berdasarkan kepada fakta sebenar yang berlaku. Maka jangan mengata. Lihatlah diri sendiri. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Kita sebagai manusia hanya dapat mengambil satu pengajaran sahaja iaitu Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa. Berdoalah agar perkara seperti ini tidak menimpa ke atas kita dan keluarga kita.

...Info TQ to En Google...

...Promosi Bulan Ramadhan...

...MarI mArI MaRi...
...PrOmoSi BulAn RaMadhaN...

Sehingga 
...30 June 2010... 
Untuk Keterangan Lanjut sila singgah blog liessakoleksi


...Promosi Hari Raya...

...MarI mArI MaRi...
...PrOmoSi HaRi RaYa...

Sehingga 
...30 June 2010...
Untuk Keterangan Lanjut sila singgah blog liessakoleksi
 

Friday, May 21, 2010

...MC lagi hari ni..

Salam seme...
tgk tajuk pun dh tau kan...ari ni mc lagi...huhu...dah tak larat baik mc je kan...dr dtg keje tapi dok melepek je kat meje...hihi...

mlm td aku g klinik lagi..kali ni g klinik izham kat pandan lak...cam tak berkesan je ubat klinik myli...sorry to say la yer...mlm td cek2 dokter kata tekak dah bengkak teruk...sbb tu sakit sampai ke tinge n kpala...sampai nak demam...ye la nk telan air liuq pun sakit...

pas tu dokter terus bg ubat demam, ubat tahan sakit, ubat selsema, ubat sakit tekak, n yg paling penting antibotik..dokter tu kata knapa klinik mula2 tu tak bg ntbiotik..geleng kpala dokter tu...aku pun ckp tak tau la kan...huhu...tak mo la g klinik tu lg melainkan keterpaksaan...hehe...pas tu dokter bg mc skali, n suh mkn mknan lembut jer n bykkan minum air...


befes td n lunch pun aku mkn bubur mcd jer...hehe...tp sampai ptg ni aku rasa Alhamdulillah...sakit tekak pun dh kurang n tak sedap bdn pun dh hilang...maknanye aku serasi kot ubat klinik izham nie...tp yg paling penting semuanya Allah swt yg tentukan...Syukur Alhamdulillah rasa dah makin ok...

n lame aku bercuti mggu nie...isnin aku cuti lg amik replacement leave, so duk umah je la...sbb opah afiq ade cek up kat sepital...k la kwn2...tataaaa...

Wednesday, May 19, 2010

...MC today...

Salam...haaa...hari ni aku mc...memang tak sedap badan dibuat nye...petang semalam jugak aku g klinik...amik ubat...dalam ujan tu pun aku redah gak... sebab tak tahan dah nak telan air liuq pun sakit...

pas tu dh cek bagai, dapat ubat ngan MC...so dapat la aku rehat di tengah2 mnggu nie...tapi mc sehari je tau, sok keje lik...haaa... ni la ubat2 nye...aku ni dah la susah nk mkn ubat...ni bg bebanyak lak...huhu...

erm tapi nak baik punyer pasal erm telan je la...hehe...kat pice ni ade ubat demam, ubat selsema, sakit tekak n ubat kumur...n MC jugak...


lepas mkn ubat sakit tekak ni 4 biji...dah ade kurang dah sakit tekak...ermmm berkesan tul ubat nie...harap2 mlm ni tido tak terganggu dek sebab sakit tekak...

erm InsyaAllah...harap2 esok ok la, leh aku g keje cam biasa...

...Makan2 di opis...

Salam...Tghr semalam opis aku de buat farewell tuk bos opis...our CFO En Hatta yang akan berpindah keje kat Tm lak...aku lak tak brapa nak chat semalam, pale pening, selsema, sakit tekak...ingat nak halfday...tapi sayang lak cuti nnt abis cam tu jer...so tahan je la...

k la, layan la pice ni yer...Tq zack kerana amik kan pice2 ni... So menu semalam...Simple jer...Dominos pizza, ade large n regular pizza, air gas n cup cake yg ditaja oleh En hatta siap ade nama memasing lg...cantik n tomei jer...


pas tu en hatta sampaikan cup cake tu kat semua org...pas tu en sam our Act AGM sampaikan hadiah potret gambar tu kan en hatta lak...pas tu makan time...n sesi posing...


pas dh makan2 pe lagi sambung la koje balik n tgk pice2 yg di amik td tu...pas tu aku dh tak tahan aku g klinik amik ubat...yg tu nnt sambung...k la ta taaa...

... Contest Cuti-Cuti di Cherating...


 ..Contest Cuti-Cuti di Cherating..

Salam semua...
Tgh jalan2 kat blog MG nampak ade contest nie...Contest ni lain dr yg lain la...so saje nk try test buat contest ni...mengarang sebuah karangan...wah mcm dh lame je tinggalkan keje2 mengarang2 nie...zaman sekolah2 ade la...huhu...k, la nak try jugak...contest anjuran Yusra tours & Travel (YTT)...
Dateline 19 Mei 2010 jam 11.45 mlm...



Ok salah 1 syarat nye disuruh pilih nak buat tajuk yg mane...dan aku memilih tajuk
(B) "Percutian Impianku di Cherating.."

Ini kerana memang aku n hubby tgh merancang nk g cherating hujung bulan nie...nak g bercuti bersama anak tersayang...tapi setakat nie yg buat sedih nye 3, 4 hotel n resort yg di call semua nye fully book termasuk la Impiana resort...huhu...alangkah BEST nye klu dpt hadiah nie...

Hadiah nye sgt menarik dan tertarik...

K la, ni karangan Impian aku untuk bercuti di Cherating yer...menang atau tidak tak kesah la...klu ade rezeki Syukur Alhamdulillah...

           Cuti memang menjadi Impian setiap orang. Tatkala penat dan lelah pulang dari bekerja seharian, perkataan cuti yang selalu bermain di kotak fikiran. Tapi demi mencari pendapatan untuk menampung kehidupan selalunya Cuti di abaikan melainkan hal-hal kecemasan. Jadi, apabila mendapat peluang untuk bercuti seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin. Dan aku tidak ketinggalan, suka apabila dapat bercuti untuk menghilangkan ketegangan dan hiruk pikuk di kota dan mendapat ketenangan di luar kota.

            Salah satu tempat yang ingin aku dan suami ingin membawa anak bercuti adalah di Cherating.  Disini di coretkan serba sedikit tentang cherating, yang diambil melalui carian goggle, ini kerana jika kita tahu serba sedikit  tempat di tuju mudah untuk kita bergerak nanti. Cherating merupakan sebuah bandar pantai terkenal di negeri Pahang, Malaysia. Pantai yang menghadap Laut China Selatan ini terletak kira-kira 50 km (45 minit perjalanan) dari Kuantan. Pantai Cherating merupakan tempat perkelahan yang popular dan juga merupakan tapak Resort Club Med yang terkenal dan juga merupakan yang pertama di Asia. Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Chukai, Terenguk kita ganu, Malaysia, merupakan tempat perkelahan yang popular. Cherating telah diperkembangkan dari sebuah pekan kecil kepada sebuah pantai yang terkenal dan kegemaran pelancong. Kemudahan restoran, pokok kelapa yang berbuai-buai, pantai, laut yang luas lagi menghijau dapat diperolehi di sini. Kelab Mediterranean yang pertama di Asia juga terletak berhampiran dari sini.

             Dan pastinya aku mengidamkan sebuah percutian yang amat indah bersama keluarga ku.Andai dulu sewaktu aru berkahwin aku dan suami tidak bekesempatan untuk berbulan madu kerana dianugerahkan rezeki, lalu keputusan dibuat supaya percutian ditangguhkan demi menjaga zuriat yang dikandung. Dan sekarang percutian dirancang semula dengan kehadiran anak yang tersayang.

              Dan aku mengharapkan percutian ini akan menjadi kenangan terindah untuk aku dan suami serta anak kecil kami. Kami sekeluarga dapat menenangkan fikiran, hati dan jiwa. Apabila terjaga di pagi hari, sambil tersenyum, terdengar kicauan burung yang bebas berterbangan, berjalan di tepian pantai sambil dihempas pukulan ombak di kaki, duduk sambil di hembus angin petang, mendengar riuh suara kanak-kanak gembira bermain air dan pasir, melihat keletah orang ramai yang melayan perasaan dan menghabiskan masa masing-masing, dan yang pastinya dapat melihat jutaan bintang di langit tatkala malam melabuhkan tirainya. Dan pastinya ketenangan yang akan kurasakan.Ya, itu yang paling ku rindukan. Kerana zaman di kolej, sebelum tidur aku akan memerhatikan bintang dilangit terlebih dulu dan mengira dan akhirnya aku tersenyum sendiri. tapi di ibu kota bintang tak banyak yang muncul tapi kalau di kampung atau tempat yg tak banyak sinaran lampu bintang akan banyak kelihatan.

               Oleh itu, andai nye rezeki ku ada, pastinya aku akan menikmati semuanya keindahan alam ini. Dan jika tiada pun aku dan suami tetap akan mencari ruang dan sumber supaya kami dapat bercuti bersama sama keluarga. Dan melupakan sejenak kehidupan di kota tempat kami mencari rezeki...Sekian...

Haaa...ok tu je la...ta taaaa...

Monday, May 17, 2010

...Melawat baby...

Salam...haaa, ni nak crite kitorang g melawat org baru...narnye opismate aku baru je selamat deliver baby nye...anak kak pah yg ke - 3...abis sudaa member2 seme yg pegnen kali ni...dr bulan 8 smpi la bulan 5 nie...ha nnt tggu yg akan dtg yer...sape lak yg nk mula dulu nie...hak hak hak...

ni la baby nye...tomei kan...

Nama : Mior Izham Zulfadli bin Mohd Zuhairi...
klu tak salah la...hehe...
Berat : 2.85kg...
Tarikh Lahir : 17 Mei 2010, Isnin, pukul 10.20am...
Tempat : Hospital Pusrawi, Damansara...
Lahir Normal...


haa...yg ni lak...aksi2 dr kak pah...wajah org yg baru je lepas deliver...pas tu terus di terjah oleh member2 opis...hehe...penat kak pah bercrite...


yg ni lak acik2 nak bergambar dgn baby...cian dia kene kacau...


haaa...lepas dh balik dr hospital...tak brapa lame pas tu...ade x staff opis dtg melawat org2 kat  opis lak...hehe...saje2 jalan gamak nye...ade baby lagi...aku pun sempat gak snap pice...ye la baby tecik ni kan tak penah jumpa lagi...tomei cam ibu nye...hehe...


k la...tu jer...ta taaaaa...




...Xtvt ujung minggu & Afiq...


Salam seme...erm kali ni takde mende la yg nak di story kan sgt...sebab nye ujung minggu kalini tak ke mane2 pun sgt...klu ade pun cam biasa g tesco beli barang2 dapur ape2 yg rasa nak...pas tu dok umah, kemas umah, makan, main ngan afiq...hehe...

narnye ari sabtu tu ngat nak g main boling tapi tak la jadi jugak...huhu...sebab nye pepagi lg hubby dh g bawak kete g service...sampai nk tghr la jugak...tinggal 2 beranak la kat umah... ibu ngan afiq main, mamam n bom...hehe...pas tu tghr hubby balik bawak nasi ayam...pas dh mam...ptg2 ckit g lak tesco...pas tu balik...takde g memane pun...

ahad pun ame jer...bgun pagi jer hubby dh dpt call ade keje lak rawang...link down...dah nak kene g keje lak...tinggal la ibu ngan afiq...lg pun mggu ni hubby standby, so klu ade ape2 mmg kene g la keje...huhu...pas tu tghr masak2 la bahan2 yg dh beli kat tesco...pas tu along aku call kata nk dtg sbb aku nk beli baju kat kak maria...ngat nak jumpa kat sentul..tp; dh hubby keje, along, kak maria n mimi dtg umah...pas tu kat kul 3 baru hubby balik...makan tghr seme, pilih2 baju, sambil layan piala thomas...pas tu kat kul bila along, kak maria n mimi dh balik baru kitorang pun kuar...

tu pun kuar sbb nye dh janji ngan ateh nak antar kain pasang n telekung yg ateh dh order...so dh petang pun kuar la jugak...hehe...pas tu dh setel seme kat kul 9 gak baru samapi umah...so tu je la xtvt nye...k la...malas nk cite lagi...lg pun tak de photo nak di hupdate...

cuma saje nak tepek video afiq nie...dh lame tak tepek video kan...ye la sejak guna post editor yg baru yg susah nak upload video terus tak de video dh dlm post aku...so kali ni saje nak cuba try test...main tukar2 update editor ngan old editor....tgk la camne...ok ke tak video nie...k la layannnn...afiq tgh meniarap n main kat walker...


Friday, May 14, 2010

...Lunch yg di sponsor...

Salam ari jumaat kwn2...
erm 2 hari tak update blog kan...baru ari nie nk update..entah la...narnye 2 3 ari ni rs kureng lak nak mengupdate...tp di sebabkan dh ari jumaat semangat la ckit...hehe...

narnye ni nak cite story ari rabu lepas...biar la dh lame pun tapi nak hupdate jugak...time lunch rabu lepas kitorang dak2 opis g makan kat Restoran Nasi Ayam kampung kat Awan Besar...

Di sponsor sepenuh nye oleh Bos...rasanye mungkin sempena bos akan meninggalkan tempat keje sekarang...dan akan berkerja di tempat baru nnt...Terima kasih banyak2...sebab sudi blanje...

k la, layan pice2 ni ye...ckit je tak byk mane pun...hihi...


ni la org2 yg menyertai...seme tgh kelaparan nie...hihi...


haa...ni lauk pauk nye...mkn hidang...mcm ade...ulam2an...budu...sambal blacan...sambal ikan bilis, daging, paru, lala...n yg paling special...ayam kampung la...erm sedap nye ayam kampung...minuman lak 4 jug air...fresh oren, tembikai, epal, n teh o ais...licin seme nye...hik hik...

sampai2 ramai tul org...kene la tunggu sampai ade meja kosong...pas makan seme setel...balik opis balik...
k tu je...ta taaa...

...Renungan Di Pagi Jumaat : Malaikat Mu...

 Bacalah Walaupun anda telah Membaca nye...buat ingatan kita bersama...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para  malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?" 

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ." 

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." 

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" 

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" 

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." 

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
 
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" 

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
 
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya" 

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu" 

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan 

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" 

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.... 

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu... 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 

"Sampaikanlah walau satu ayat" 

Tuesday, May 11, 2010

...Sambut hari Ibu...

 Salam seme...
Agak terlewat ckit tuk family kitorang sambut hari ibu...tapi tak lambat mane pun kan...semua org mesti dh clebrate kan...narnye family aku mmg nak wat hari ahad tu...tapi memandangkan adik aku, ina ade show kat PD 2 hari, sabtu n ahad...mak ngan ayah la yg kene teman kan..tu yg tak jadi buat ari ahad....ngat balik ptg ahad, leh la buat mlm...tapi rupa2 nye malam baru sampai...

so mlm td dgn rasmi nye kitorang plan la...alhamdulillah seme nye ok...n adik beradik aku 2 yg tak de yg no.5, nuar kt JB n no.6 pendi kat felda sertik, phg...tapi kitorang on je la...nak buat camne kan...

k, ni la menu nye mlm tadi...kek black forest, KFC, Chicken wing n Mihun goreng malaysia...hehe...biasanye singapore kan...saje nk tukar name...n minuman air gas jer...orange n sarsi...makan2 kat umah je...tak de plan kat luar kali nie...erm nyumm nyumm...sedap....

  
k ni sesi nak potong kek...n siap nyanyi lagi...tau je la ina...lagu besday dh tukar jd lagu hr ibu...hi hi...


n makan2 time...kebetulan ade kawan mak ayah dtg..so join sekali clebrate hr ibu...


makan2 bagai seme...tapau ape yg tak abis...hi hi...kemas2 ckit...pas tu kat kul 11.30 gerak balik...ina lak tinggal keje kat dia...basuh pinggan...hahaha...afiq lak, dah bomm dah kat bilik opah atuk...cian afiq...masa nak balik afiq terjaga...sempat la pak long n yg lain2 nak main2 lg...

pas tu sampai umah kat kul 12...penat tp sronok tgk mak kita happy...mak lak dapat hadiah dr along jam tangan...aku lak...dah kata jual kain kan...so aku bg kain pasang kat mak...kain yg baru amik tau...yg mak tak tgk lagi...hehe...tak pe la...yg penting kitorang seme happy....

...Xtvt ujung minggu lepas...

Salam kwn2...ha ni nak cite xtvt minggu lepas yg ala2 suam2 kuku jer...hehe...ape da ayat...tak la narnye tak de buat ape sgt la minggu lepas...ari sabtu tak g keje...lepak2 je kat umah...tgk tv, layan tenet, layan dak cik afiq, bekfes pun mkn kuih je...pas tu telur setengah masak 2 biji sorang...hehe...feberet kitorang tu...hihi...

pas tu dlm 9 lebih dah siap2, sbb nak kuar...tp dlm kul 11 lebih gak baru kuar...lame kan bersiap...mula kuar g beli barang2 kat tesco...erm tiap2 minggu g tesco kan...hihi...pas tu g makan...kitorang makan kat restoran Warung Santai kat dlm tesco ampang...cam tu kot name nye...lupa lak...hehe...tak amik byk pice pun, ramai org, segan lak rasa...

erm dh lame narnye nk mkn kat situ...tapi stiap kali dtg ramai je...sbb tempat nye kecik...tu yg penuh je memanjang...sib baik kali nie...dtg2 je ade org baru bangun terus kitorang g duduk wlupun pekerja baru nak kemas meja...kitorang mkn tomyam tulang, sotong masak halia n kerabu mangga, nasi putih 2, n air sirap limau ngan sirap bandung soda...erm sedap...wlu pun mahal ckit, tp ramai org...


ckit je pice yg sempat snap kat Warung Santai...restoran nye nampak klasik...n redup jer...nak mkn dtg la ye kat tesco ampang...pas tu 2nd plan, ngat pas g tesco nak g main bowling kat flamingo...dah la nak g kat situ jln jem...sampai2 cr parking dh xcited nak main...ye la kata dh lame tak main kan...alih2 sampai atas tgk2 ade tournament lak sekolah ape ntah...derang booking seme sampai 5 ptg...huhu...alih2 balik je la...sodeh hati ni haa...huhu...pas tu sampai umah trus ckp ngan hubby nak blajar parking...main2 stereng...nak biasa kan parking...tak brapa nak tahu lagi...ha ha...pas tu dah setel naik la umah...
...............................................
haaa...abis suda cite ari sabtu sambung lak ahad nye cite...ahad pagi plan 2 mende nak wat...n jadi seperti yg dirancang...1st plan, lepas bekfes...terus siap2 nak g amik stok kain kat supplier kitorang...setel dlm kul 12 lebih...pas tu 2nd plan g kg sungai udang, klang...Umah abg hubby...


ni masa on de way nak ke klang...main snap2 wlupun afiq bomm...ye la sejuk2, ari ujan lak tu...lena la afiq bomm...


sampai sane dlm 2 lebih...lambat sebab tersesat ckit...haha...silap masuk simpang hubby kata...lg pun tak biasa kan area sane...ni pice2 masa kat umah pak long ngan mak long afiq...ame tak muka hubby ngan abg nye...hik hik...pas tu kan kat apartment tu ade swimming pool...erm klu tak ujan leh gak bawak afiq mandi kat pool...main2 air...


afiq 1st time jumpa sepupu sebelah hubby...bukan main suke dia...sampai tak mau lepas klu dapat pegang...n pas tu afiq dapat hadiah lagi dr pak long ngan mak long afiq...beshar tul hamper tu...hehe...mcm2 ada...

tapi kan yg kalakar nye...baju dlm hamper tu baju baby girl la...hak hak hak...mesti pak long afiq tak prasan...lgpun kaler baju tu kan kaler biru...tu yg agak nye ingat hamper tu tuk baby boy kot...hehe...tp tak pe bak kata hubby, baju tu leh simpan tuk bakal adik afiq nnt...hahaha....klu de rezeki dpt baby girl la...hehe...InsyaAllah...

pastu dlm kul 4 lebih kitorang pun gerak la balik...sampai umah siap2 kan makanan afiq...kasi mkn, mandi...main, nenen...pas tu bomm...kitorang pun rehat la jugak...

erm tu je la xtvt minggu nie...k, taa daaa...

Sunday, May 09, 2010

...LensaMama Cutest Baby in Red Contest...

Salam seme..afiq nak join contest lagi...anjuran lensamama...klu nak join meh klik SINI...Tema tuk bulan nie adalah 'Cutest Baby in Red'...

Dan hadiah2 nye di taja oleh :

Winner of the month will receive:

 An 8"x8" canvas print from lensaMama


RM10 worth of voucher from PinkyFrogShop

RM10 worth of voucher from Funky Mama


Dan pice afiq tuk contest ni adalah...
v
v
taa raaaa...disebabkan syarat2 kasi letak byk pice, jadi ade 5 pice di sini yer...so tgk2la...hehe..ok ni antara aksi2 afiq berbaju merah...pice afiq bertopi tu adalah yg terkini, n yg tak bertopi tu masa afiq 5 bulan...k la, layanzzzz...

Nama : Muhammad Rafiq Naufal b.Rosli
D.O.B : 28 Oct 2009

'Hi'
'Yo'
'Wazup Wazup'
'Cak'
"ok afiq nak bawak kete nie nak g jalan2...afiq harap seme dah ok yer aunti zaza, tuk melayakkan afq join contest, baii"...

Jom ramai2 join contest nie...kerana hadiah2 nye sangat berbaloi...
Dateline 20 may 2010...

Saturday, May 08, 2010

...BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST...

Salam kwn2 ibu...afiq nak join contest lagi la...anjuran Auntie Nai...kalau nak join meh klik SINI...afiq mmg suke pakai puting...tambah2 lak bila afiq nak bomm...hehe...jom tgk pice afiq...

Dan pice tuk contest nie ialah...
v
v
v
v
v
taa raaaa...

"cak...afiq baru bangun bomm, ibu dh main snap2 pice afiq...hehe"

"hi...afiq nak g jalan2 nie...baiii..."

Nama afiq : Muhammad Rafiq Naufal b.Rosli
Tarikh Lahir afiq : 28 Oct 2009
Emel ibu afiq : shaza3105@gmail.com

" k, auntie nai, harap seme dh ok yer tuk afiq join contest nie...wish afiq luck yer... "

k, nak tag kawan2 ibu nie, yg same2 keje ngan ibu...
Auntie Efa
Auntie Zack
Auntie Za
Auntie Zita
Auntie Afne
Auntie Ros
" Join yer contest nie aunti2 seme..."baiii...

Dateline : 6 June 2010...

...1st Season - Cute Baby in B.L.U.E contest...

Salam seme...nak join contest la pulak kali nie...kali ni contest anjuran dr suziey & ina...nak join meh klik SINI yer...


dan pice tuk contest nie....
v
v
v
v
v
taa raaa...


Nama : Muhammad Rafiq Naufal
Umur : 6 bulan, 1 minggu, 5 hari...
D.O.B : 28 Oct 2009...

"k la aunti suzie, afiq harap dah menepati syarat yer...wish afiq luck...muuahh..."
Dateline 15 May 2010 @ 2pm...
jom ramai2 join kerana Hadiah nye amat berbaloi2...

"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ 
REDANG/LANGKAWI ISLAND &; 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT"

Friday, May 07, 2010

...Renungan Di Pagi Jumaat : Kawan & Pahala...


Ada pepatah yang mengatakan bahwa “Seribu kawan masih kurang, Satu musuh adalah banyak”. Ini berarti bahwa jika kita memiliki banyak teman maka kita akan mendapatkan banyak manfaat baik secara langsung maupun tidak langsung sehingga kita diharapkan berteman dengan orang banyak. Di sisi lain kita juga harus menghindari permusuhan dengan orang lain karena hanya mendatangkan kerugian bagi kita. Orang yang egois, keras kepala, culas, munafik, pelit, sombong, dengki, dsb umumnya sangat mudah untuk membuat musuh dan dijauhi oleh orang-orang di sekitar kita. Tetapi orang yang dermawan, suka menolong, suka membantu, gotong royong, baik hati, rendah hati, jujur, sopan, dll akan sangat mudah mencari teman dan kawan pun akan datang dengan sendirinya.      
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.  
Nabi Muhammad pun sendiri pernah bersabda bahawasanya “Sesiapa di antara kamu wahai umat Islam yang tak bertegur selama lebih dari 3 hari bermakna kamu memutuskan silturrahim, dan barangsiapa yang ingin memutuskan silaturrahim sesame Islam amat dibenci oleh Rasullulah       Sedikit tips:      - Jangan terlampau ego dalam berkawan, tak semestinya kawan yang korang anggap BAIK takkan menyakiti hati korang. Semua manusia pernah tersilap, lebih- lebih lagi angkara si lidah / mulut yang sangat pantas berbicara tanpa lapik. Tak da sesiapa yang sempurna dalam dunia ni, kurangkan ego dan cuba untuk berfikir positif.      
- Jangan merasa diri terlampau mulia sehingga kan mengatakan yang “Aku tak salah”. Duduk dan termenunglah seketika supaya kita dapat berfikir sejenak di mana silap kite.      
- Jangan bercerita tentang keburukan rakan sendiri kepada orang yang tak sepatutnuya.   
- Berfikiran terbuka lagi dan cube lah untuk meleraikan pergaduhan yang ada supaya kamu tidak termasuk dalam golongan di benci Allah. Jangan bermasam muke, cuber lemparkan senyuman walaupun kamu rase terpakse. Jangan gaduh2 tak elok.      
- Ingat kemballi kenangan2 kamu bersama2 rakan2 kamu. Mungkin ini dapat melegakan hati kamu.    
- Berfikiran positif dan jangan menuding jari ke orang lain. Cube insafi diri sendiri dahulu dan jangan lah rase diri kamu betul.      
- Jikalau die lemparkan senyuman kepada kamu, kamu balaslah senyuman itu, dan mulakan bicara dengan elok2. Jangan lah bile die senyum kat kamu, kamu wat dono, kalau die war dono kat kamu, kamu bersabarlah semoga Allah meembalas perbuatan nya, Allah maha mengetahui isi hati kamu.    
- Jangan terlampau CEREWET dalam berkawan. Nobody can be perfect. No one. Kite bole jadikan kawan kiter perfect kalu kiter tak terlampau cerewet dalam pemilihan kawan. Try to bersyukur and terima seadanya. Walaupun kawan kamu selalu menyakitkan hati kamu, manalah tahu mungkin dialah akan menjadi kawan baik kita suatu hari nnt...      
Pahala & Kebajikan yang tak berakhir...    1. Berikan al-Quran pada seseorang, Dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.    2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital Dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.  3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.    4. Bantu mendidik seorang anak.    5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.    6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.    7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.    8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.    9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.    10. Sebarkan Info in..Hantarkan kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai Hari Qiamat. Insya-Allah.      
Info : Dr Mr.Google...Dan peringatan juga tuk diri Sendiri...