Sunday, January 15, 2012

..Al-fatihah buat arwah emak tersayang..

Salam..

Selamat berhujung minggu.. cepat je masa berlalu pergi.. sedikit pun tak menunggu..

ok lah, Pertama sekali buat sahabat2 yang membaca entry ini, marilah sama2 kita sedekahkan pahala bacaan surah Al-fatihah ni pada arwah ibu saya, Khadijah Zainal Abidin yang telah kembali ke rahmahtullah pada 31 disember 2011, sabtu , jam 3.55 pagi di HKL..didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..

Alhamdulillah, Arwah mak menghembuskan nafas yang terakhir di katil HKL ketika saya berada disisi mak.. saat yang tak ingin sangat berlaku akhirnya berlaku juga.. bukan hendak menidakkan atau melawan takdir Allah swt tetapi harapan dan doa tetap ingin melihat arwah mak kembali sihat sebenarnya..

Tapi Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat arwah mak dan keluarga kami.. Perginya mak takkan kembali lagi.. tiada lagi kedengaran suara mak memanggil lembut atau memarahi anak2.. ya pasti semua ibu di dunia melakukan perkara yang sama kan untuk kebaikan anak2..

tiada nya arwah mak, bermakna tiada lagi suara mak, tiada lagi ketawa mak dan juga tiada lagi deringan telefon yang di buat oleh mak, kadang waktu memang setiap hari mak akan telefon walaupun hanya untuk bertanyakan khabar cucu kesayangan nya..afiq mcm mana..sihat tak..makan tak..menangis atau tidak sewaktu dihantar ke pangasuh..memang cukup payah untuk membiasakan diri dengan suasana sekarang..

sebenarnya tak nak becerita panjang..tapi kejadian malam tadi telah mengingatkan hati yang ingin mengabadikan coretan berkaitan mak disini..insyaAllah akan ade coretan2 tu nnt..

dan sesuatu yg berlaku malam tadi dirumah ayah & arwah mak..selepas makan malam dan ingin turun ke rumah kami..tiba2 afiq berkata.."nak amin opah"..sambil memandang foto arwah mak didinding..foto ukuran pasport yang diambil beberapa hari sebelum arwah mak meninggal yang telah dibesarkan ke size A4..

semua yang ade dirumah terdiam sekejap..dan en suami yang memegang afiq nampak muka afiq memang sangat lain..seolah2 afiq teramat rindu pada arwah opah..sambil menghulurkan tangan pada gambar arwah mak..sambil tu juga afiq buat bunyi mencium arwah opah nya.." muuahh"..

memang sebelum ni, rasa tak ada lagi afiq buat mcm ni..dan bila naik umah ayah pun afiq tak pernah tanya mana opahnya..klu ade pun sekali 2 bertanya, tapi bila kata opah tak ade, afiq terus main biasa..

ya, jiwa sekecil afiq mana mengerti apa2..hanya kita yang dewasa mengerti dan menahan sebak bila perkara seperti ini berlaku..bila dewasa mana mungkin afiq akan ingat semuanya..melainkan diceritakan pada afiq..

Semoga arwah mak ditempatkan bersama dengan orang2 beriman dan diampunkan segala dosa2 semasa hayat nya..Amin..

InsyaAllah akan bersama dengan coretan yang lain..
Jari yang terluka insyaAllah akan sembuh..
tapi bila jiwa terluka, hanya Allah swt sahaja yang bisa menyembuhkan..
dan hanya masa & keadaan yang akan menentukan..

2 comments:

Cik Sara said...

Takziah buat awak sekeluarga..
Al-Fatihah buat arwah..
Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman..

Liessa said...

terima kasih cik sara..InsyaAllah..amin..