As'salam..
N3 pertama untuk tahun baru 2012..wlupun dah beberapa hari berlalu tahun baru, tapi hati tetap ingin berkata kata..
Selamat tinggal 2011 yang penuh dengan pelbagai dugaan & kesedihan dan tak kurang jugak dengan rezeki & kebahagiaan yang diberikan oleh MU ya Allah..
Sesungguhnya apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan yang sementara ini, pasti ada hikmah disebaliknya..Setiap perancangan yang kita lakukan, setiap doa yang kita titipkan setiap hari, dan setiap perlakuan kita, pastinya hanya dengan izin Mu ya Allah..
Redha dengan ketentuan Mu ya Allah, sudah pasti aku lafazkan dan tanamkan dalam hati nurani kecilku..benar, aku benar2 redha ya Allah dengan apa yang berlaku..
Dan sudah pasti untuk tahun 2012 aku memulakan 1 perjalanan kehidupan yang baru..dan sudah pasti jiwa dan fikiran ku amat amat dan amat mendambakan ketenangan..
Moga ketenangan, kesabaran & keimanan sentiasa menemani aku..moga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan duniawi apatah lagi mencari bekalan untuk ukhrawi..Mudah mudahan segala peracangan kita di berkati dan menjadi yang terbaik buat diri..
Doa dan harapan ku buat suami, anak2, ayah, adik beradik, ipar2, bakal2 ipar ku, semua saudara & ahli keluarga suamiku, semua sanak saudara ku dan tidak ketinggalan semua sahabat2 ku serta saudara seislam ku..
moga tahun ini dapat disinari dengan penuh cahaya keimanan dan kesyukuran kita pada Allah swt..Moga perjalanan kita dilalui dengan rasa ikhlas..Moga kita sentiasa memperbaiki diri kita kerana yang pasti tiada seorang pun dari kita yang amat sempurna di bumi Allah swt ini.. dan moga kita sentiasa menyedari akan apa yg kita lakukan..InsyaAllah..
dan iklas dari sanubari ku, aku hanyalah insan biasa, maafkanlah andai sebelum ni ade pernah terluah & tertulis disini yang mengguris hati..dan mana yang mengenali maafkanlah akan perlakuan aku yang mungkin atau pernah menyakitkan hati..
aku hanya mahu menjadi seorang insan yang sempurna, tapi aku juga tahu akan diri yang kadang2 tak mampu mengawal diri & emosi, lalu terkeluar kata2 & perilaku yang tak baik didengar & dilihat..Ya Allah maafkan lah hamba MU ini ya Allah..
Penghujung 2011 yang amat menyedihkan dan menginsafkan diri.. sebagai hambaNya aku redha.. dan sesungguhnya perancangan Mu ya Allah adalah yang terbaik..
Buat yang mengetahui, waktu ini memang aku tak mampu untuk mencoretkan saat dan minit 31.12.2011..Aku hanya mampu bercerita apa yang hati dan fikiran ku rasa tika ini..saat berseorangan semua nya menerpa..berat yang aku rasa berat lagi ayah dan ina menanggung nya..
cukuplah buat kali ni..ingat nak karang ckit je..tapi dah berjela pulak..afiq & rana lena dibuai mimpi, en suami sibuk membersihkan kereta, si tuan tanah melayan perasaan disini..
ermm dah lah..moga berjumpa lagi di ruang alam maya dengan coretan akan datang..akan tetap mengabadikan cerita saat & minit 31.12.2011, cuma tak tahu bila, kerana saat ini hati belum kuat untuk mencoretkan kisah itu..tatkala mengarang coretan ini pun, air mata sudah mula bergenang, seakan ingin ditumpahkan lagi..inikan pula mengingatkan dan mengarang saat2 itu..
apa2 pun, biarlah masa menentukan..dan selamat tinggal 2011, selamat datang 2012..
..klu kita tahu apa yang akan terjadi esok hari,
pasti kita akan melakukan yang terbaik dan mengelakkan perkara yang tidak kita ingini..
tapi apelah daya kita insan biasa, yang tak punya apa2,
Hanya Allah swt yang maha mengetahui dan perancang terbaik buat kita semua..
No comments:
Post a Comment