Salam..
entry yg berbentuk info dan sesuai untuk org2 yg tgh membuat perancangan keluarga..hehe..4 info aku x pernah terfikir pun untuk buat sebelum ni..dan skrang 4 de 1st time ever, dengan jayanye aku telah menggunakan salah 1 kaedah peracang keluarga..
dan ini sebagai bukti bahawa aku telah mengambil dan buka buku perancang keluarga pada hari ke 42 berpantang iaitu semalam 14hb 1, 2013.. sebelum ni nurse2 n dokter ade sarankan, tapi aku tak amik..dan sekarang bila anak dah 3, n nurse kata rapat sgt..aku n en husband pakat untuk mengunakan salah 1 kaedah ni..
aku amik Injection hormon..klu tak silap dgr nurse kata semalam Suntikan DEPO..aku x amik Pil Noriday, sbb susah nak makan ubat..nnt x mkn x berkesan la kan..nak Implan kat tgn aku takut..sbb terasa mcm ade bende je nnt kat lengan..nak buat IUCD aku takut jugak, nak yg secara semulajadi..x mo dah sbb takut ter xciden jugak nnt, camno lak..huhu..so bg aku suntikan kot paling senang untuk aku..sbb 3 bulan sekali baru amik..
memula nak amik mmg takut..kot2 ade kesan sampingan..tapi nak buat camne..kene amik jugak sbb untuk kebaikan di kemudian hari..lagi pun dokter ade kata..rahim aku terlalu kembang / besar semasa bersalin hari tu..dats y la, ramai yg kata aku mengandung kali ni mcm mengandungkan anak kembar..
so semalam pemeriksaan mcm biasa, cek HB, berat, tinggi, tekanan darah, mcm org pregnen la..pas tu nurse tanya seme info pasal diri kita..n last baru tanya nak amik kaedah ape..n dgn laju aku ckp nak amik Injection..hehe..yg paling best ingat kan cucuk kat lengan..rupanya cucuk kat punggung..seriau di buatnye..Al maklum lah rasanye x pernah kene cucuk kat punggung..huhu..tapi seb baik, tak la rasa sakit sgt..mcm biasa je..hehe..
k la, klu rajin baca la sedikit info berkaitan Kaedah Perancang Keluarga ni..untuk Info lebih boleh klik Link Dr Lina & Link Bayi-Ibu..atau google je mesti byk info keluar..
yg ni Kaedah Perancang Keluarga yg aku amik..
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.
Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan. Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
:- pas ni klu naik berat badan, nasib ler..huhuhu..
:- dan ini juga adalah cara kita membuat peracangan..tapi klu dah diktakdirkan Alla swt akan rezeki yg nak diberikan Nya, siapa lah kita untuk menolaknye..betul tak..kita usaha Allah swt jua lah yg menentukan..
2 comments:
INfo yg sangat berguna. Thanks Liesa!
sama2.. :)
Post a Comment