Salam..
today nak bagi info lagi..huhu..baca ye jgn tak baca.. Narnye tujuan info ni adalah di sebabkan tuan tanah kene buat Ujian Pap Smear ari Sabtu ni bersamaan 19.1.2013, di klinik kesihatan sentul..
aduyaiii..takut la pulak..sebab sebelum ni tak pernah buat pun tapi pernah dengar la kawan2 yang dah pernah buat kata, tak sakit ape pun buat ujian nie..n google cari info byk kata x sakit n kejap je buatnye..
Nurse bagi temujanji untuk buat ujian ni masa aku buka buku perancang keluarga ari isnin ari tu..so aku tanye en husband dia kata ok je..buat la katanye..
narnye takut tak la sgt lepas dh baca info, tapi yg lebihnye adalah malu..ye la, klu boleh x mo la lagi di selak2 n tengok2..selain dr waktu bersalin..huhu..tapi nak buat camne..ni semua untuk kebaikan kita juga kan, kaum wanita.. :)
ermm so sabtu ni beramai-ramai la kami sekeluarga ke klinik..sbb abg afiq n kakak rana kompem kene bawak, sbb sabtu ahad pengasuh tak jaga..tapi en suami kata takpe In Sya Allah dia boleh handle katanye..hehe..baby rania letak dlm stroller, abg afiq n kakak rana katanye, biar la main kat ruang legar luar klinik tu..ermm ape2 je la..yg penting lepas tu, Ibu nak ayah bawak kami semua Jalan2..hehehe..
k lah, baca la info kat bawah ni ye..Info dari http://www.metromaternity.com/papsmear_m.html
Pap Smear
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.
Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.
Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.
Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.
Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.
2 comments:
akak dulu lps bersalin haziq masa 1st time buat ujian pap smear. takde lah sakit. yg penting kita kena rileks. insyaallah ok je ;)
tu la..bace pun mmg ramai kata x sakit kan..kali ni buat jugak la..dah 3x bersalin dah nie.. :)
Post a Comment