Salam..
haaa siapa tgk cite ni angkat tangan..hihi..ermm narnye dah abis dah pun cite ni..klu ikut tuan empunya blog memang layan la cite nie..tapi klu ikut big bos..dia kata tak de faedah nye layan..huhu..
ye la kisah nye cinta, frust, nangis2..hehe..pas tu siarannye time maghrib lak tu..bak kata en husband tv3 ni nak melalaikan kan org ramai ke ape..huhu..ye la ada betulnye jugak kata en husband..tapi ni kan terpulang pada diri sendiri..untuk mengawal keadaan..hihi..
so kesimpulan yg aku buat, aku suka ending nye..sbb klu ikut logik akal la..tak patut nadira curang kat bazli setelah apa yg bazli korbankan untuk dia..klu bazli tu tak baik lain la cerita kan..leh la tinggalkan..tapi dlm cerita ni bazli ni mcm lelaki sejati yg budiman lah..
tapi narnye dlm masa yg sama kesian gak kat ammar n ade yg mcm tergantung je cerita nya..ngat kan ada la jugak happy ending untuk ammar tapi tak de..kat situ yg tak best nye..huhu..dah la malas nak karang byk2 lagi..baca je la sipnosis kat bawah ni..n klu nak layan lagi cerita ni, g la terjah tonton..
Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.
Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.
Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.
Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.
Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.
Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?
Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.
Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.
No comments:
Post a Comment