Salam...just nak share info ni dr emel yang aku dapat dr kawan...bacalah...tak rugi pun...aku tak pernah ade pun kasut nie...entah lah aku sendiri pun tak tau knape tak minat kasut ni...erm ye la, lain org lain cita rasakan... mungkin ade kwn2 dikalangan kita yg ade kasut nie cuba2 la tgk betul atau tidak yer, tapak kasut crocs ni sedemikian rupa...sama2 la kita buat ape yg patut...huhu...sedihnya tak habis2 agama Islam diperlakukan macam nie... Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini. Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini? Baiklah, sila lihat gambar di bawah : Bagaimana? Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah : Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook : Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda? Nota : "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120 a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga. b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri. c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka. d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b). e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan. f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah. g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium. |
Thursday, June 10, 2010
...Nak share info...
Labels: Liessa
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
thanks kak nisa for that info...
nasib baik blm ada kasut ni lagi...
kiter linkkan post akak ni ke blog kiter. tq kak
emilia... same la...akak pun tak de kasut ni...klu tak mesti dh rasa bersalah n nyesal...huhu...
jihan...ha ah...ok...no problem...
Post a Comment