Saturday, February 18, 2012

..Daftar "Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan"..

Salam..

nak tanya ade ke sesiapa pernah dengar pasal skim ni..narnye aku baru tau narnye..rupanya Skim ni adalah untuk akhirat kematian..RM2500 akan diberi bila pemohon meninggal dunia..dan waris boleh menuntut duit skim daripada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk bantuan..

Ayah pernah cerita selepas arwah mak meninggal..Ayah & arwah mak ada daftar tahun lepas..seorang pemohon dan 2 pewaris..masa tu aku tak tahu bila pendaftaranya..n pagi tadi ada kaunter untuk pendaftaran baru..

disebabkan en husband keje hari ni, aku tak amik kesah la sgt xtvt yg berlaku kat padang bawah tu..dlm kul 11 lebih ayah dtg umah..n bagitau..terus aku call en husband bgtau nak buat..n bila ok aku pun turun la ngan dak tecik 2 org n ayah..


yuran pendaftaran sebanyak RM5.00..pas tu cek kawasan mana kita mengundi..klu kita mengundi mmg dlm wilayah kita boleh memohon skim ni, tapi klu mengundi luar wilayah kene tukar kawasan mengundi dulu..kena isi form tukar kawasan n baru boleh mohon skim ni..

dan aku hanya boleh daftar untuk diri sendiri shj, en husband & ayah aku sbg pewaris..dan en husband tak boleh mohon sbb en husband mengundi kat pahang..tapi klu nak mohon jugak kene tukar tmpt mengundi, baru leh mohon skim..lg pun en husband balik keje lambat..so tak dpt la nak buat kan..skim ni layak untuk semua bangsa..n umur lak klu tak silap dr 21 smpi 70 lbh.. klu tak salah la..

ayah ada cerita tadi..ada orang kata buat apa nak apply bukan kita dapat duit tu pun sbb dah mati kan..aduhh..aku pun tak faham mcm mane pemikiran org2 yg kata gitu..

sbb tujuan nye adalah untuk bantu waris2 yang tinggal dlm menguruskan org yang dah takde..mcm urusan pemgebumian..kenduri arwah..untuk sedekah jariah atas nama arwah..atau mungkin untuk langsaikan hutang2 si arwah..

wlupun tak banyak mana bg sesetengah pihak, tapi cukuplah kan untuk meringankan beban keluarga yg didalam kesedihan..apa pun ia, ini adalah 1 cara bantuan yg diberikan kepada kita..tak kira kita merasa atau tidak..yg penting bantuan ni bagus untuk meringankan bebanan sesetengah keluarga yang mmg memerlukan..


 
"tahukah kita, sebenarnya lebih elok kita bersedekah duit kepada waris org yang kehilangan org tersayang kerana bebanan dpt dikurangkan, kerana hati yang bercelaru dan dlm keadaan sedih..dan bukannya bersedekah pada org yg mengadakan majlis2 keramaian spt org kahwin..kerana dah pasti hati mereka lapang, gembira dan ada rezeki lebih..dan sebaiknya memberi hadiah kepada org yg dirai kerana bakal memulakan kehidupan yang baru.."

 
p/s: en husband kata mcm ada berbau politik..sbb membabitkan tmpt mengundi , kena tukar tmpt mengundi la..tapi nak wat camne..ape pun ia, terima je la seadanya jika bantuan ni memudahkan kita semua.. (^_^)
 
 

No comments: