Wednesday, June 29, 2011

..alahai, tak sihat, tp apy sbb rana naik berat..

 As'salam..
jap je, ari ni dah ari rabu..masa terus berlalu tanpa sesaat pun menunggu.. hari2 yg aku lalui skrang totally jadi surirumah sepenuh masa..ermm mcm ni la rasa bila dok umah sepanjang hari..mcm2 prasaan ade..ermm faham2 je lah..

ermm start smlam smpai hari ni aku tak sedap badan..aduh risau rasa..asik terbersin, selsema, tekak sakit, n ari ni kpala pening lak..huhu..risau bukan ape..risau sbb rana..dah la selsema pas tu nk pegang rana kene sentiasa bersih..mmg mencabar tul..

harap badan rana sentiasa kuat dan sihat..& aku harap jugak moga seme sakit ni cepat hilang..sbb senang nak jaga rana & afiq..tak de la aku was was je bila nak pegang rana..

erm semalam bawak rana g klinik amik berat n ukur lilit kpala..alhamdulillah berat rana naik 2.41kg..harap2 sampai aku masuk keje nnt berat rana boleh sampai 4 ke 5 kg..dah besar ckit masa tu..

ermm sronok tgk berat rana naik..narnye bila dah jaga rana ni, alhamdulillah rasa tak la susah sgt nak jaga..cuma yg sememangnye amat2 penting jaga je kebersihan..selagi jaga kebersihan tangan & diri kita, insyaAllah bayi pramatang membesar dgn sihat..

narnye tak perlu risau ape2 pun..alhamdulillah rana pun dokter kata tak de masalah dalaman lain..selain darah dlm kpala..dokter kata yg tu akan hilang sendiri..tapi dokter tetap akan moniter jugak..

so pd kwn2 yg ade anak pramatang jgn la risau..same gak mcm aku..mmg dokter tak bg bawak sgt baby keluar tempat org ramai..takut dpt jangkitan..tapi klu kat umah tak pe..dah tentu kita boleh cuci tangan atau pakai hand sanitizer..

so kwn2 jgn risau la klu nak pegang baby pramatang, boleh je pegang asalkan tangan bersih..nak cium boleh je cium asalkan tak de demam n selsema, n dah basuh muka..senang je kan..

erm k lah ni ade ckit petikan dr berita harian online..bacalah..

Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.

Apakan keperluan bayi pramatang?
  • Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.
DICETAK DARI BERITA HARIAN ONLINE
----Forum Paramedik Malaysia-----

No comments: