Friday, April 29, 2011

..Info : Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang..

Salam..
Jom sambung baca info lagi..Dan untuk pengetahuan semua info2 yang berkaitan bayi pramatang ni di amik dr internet..klu ada tersama dgn mane2 artikel..hrp sudi kiranya pihak2 terbabit untuk izinkan sy amik artikel ni dan di copy paste dlm blog ni yer.. time kasih byk2.. :)


Patutkah kita risau jika bayi dilahirkan pramatang? 

Pra matang adalah berkaitan dengan komplikasi yang mungkin berlaku, lebih pramatang maka lebih tinggi risiko untuk setiap komplikasi.

Komplikasi awal dan pertengahan adalah termasuk:

• Sindrom kesesakan nafas di sebabkan kekurangan cecair yang dipanggil serakan di dalam paru-paru. 
• Pendarahan di dalam otak yang melibatkan kapilari darah di sekitar ventrikel di dalam otak. 
• Jaundis(Perubahan warna kekuningan di kulit dan di putih mata disebabkan sistem metabolisme bilirubin yang tidak matang.) 
• Masalah dan kesukaran penyusuan disebabkan usus yang pramatang. 
• Jangkitan di dalam darah(septisemia), paru-paru(radang paru-paru), selaput di sekeliling otak dan saraf tunjang dan pereputan usus(Necrotising Enterocolitis). 
• Penyakit retina yang tidak matang(Retinopathy of prematurity)-satu keadaan pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang. 
• Penyakit paru-paru yang kronik hasil dari kerosakan paru-paru disebabkan pramatang ,penggunaan oksigen dan terapi ventilasi. 
• Salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup(Patent Ductus arteriosus) yang mana boleh menyebabkan kesesakan dalam pernafasan atau kegagalan jantung berfungsi. 
• Inguinal hernia di mana disebabkan kelemahan otot-otot di pelipat paha.

Komplikasi Lewat :

• Serebral palsi 
• Kecacatan otak 
• Sawan (Epilepsy) 
• Buta 
• Pekak 
• Ketidakupayaan Untuk Belajar 
• Perkembangan Lambat 
• Pembesaran Perlahan

Kadar kematian adalah tinggi walaupun mendapat rawatan rapi,bayi yang dilahirkan antara 26-28 minggu usia kandungan mengalami kadar kematian antara 30%- 50% manakala bayi yang dilahirkan sebelum 26 minggu usia kandungan mempunyai kadar kematian antara 80-100%. Lebih matang seseorang bayi maka peluang untuk hidup adalah tinggi. Bayi yang lahir melebihi  34 minggu usia kandungan mempunyai 90% peluang untuk hidup. 

Adakah bayi pramatang memerlukan penjagaan khas? 

Keperluan penjagaan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi. Penjagaan am adalah diperlukan untuk semua bayi pramatang:

• Mengawal suhu badan
o Perlu dirawat di dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.

• Memeriksa tahap gula dalam badan  
o Untuk mengesan dan merawat tahap gula sama ada tinggi atau rendah.

• Pembekalan Nutrisi 
o Bayi yang hampir matang iaitu melebihi 35 minggu yang mana dalam keadaan sihat selalunya boleh diberi penyusuan ibu secara eksklusif. Untuk bayi yang lebih pramatang selalunya memerlukan susu formula sebagai tambahan pada peringkat awal umurnya.

• Mengelakkan dari jangkitan 
o Mencuci tangan adalah perkara asas yang penting sebelum dan selepas merawat bayi.

Rawatan khas bergantung kepada keadaan bayi dan komplikasi yang dialami. Contohnya : 

• Ventilasi dan rawatan serakan terapi untuk masalah pernafasan. 
• Pemantauan yang rapi untuk bayi yang menerima oksigen terapi. 
• Pemberian cairan dan elektrolit untuk bayi yang tidak sihat. 
• Parenteral nutrisi (Nutrisi yang diberi terus ke dalam saluran darah) diberi kepada bayi yang tidak boleh menerima susu melalui usus. Perahan susu badan atau susu formula selalunya diberi melalui tube orogastrik kepada bayi pramatang yang mana boleh menerima susu secara enteral. 
• Antibiotik diberi sekiranya disyaki atau pasti ada jangkitan. 
• Ultrabunyi dilakukan pada otak untuk mengesan dan merawat perdarahan dalam otak atau lain-lain yang tidak normal. 
• Saringan untuk penyakit retina (rop) mata,rawatan laser atau terapi crayo akan diberi pada bayi yang mempunyai masalah mata yang serius. 
• Bayi yang mempunyai penyakit paru-paru yang kronik dan boleh dirawat di rumah, bekalan oksigen perlu disediakan di rumah.

Isu Etika

• Kaunseling dan sokongan pada ibu bapa adalah penting bagi membantu ibubapa dalam menangani dan memahami bayi mereka dan menjelaskan kedudukan yang sebenar. 
• Menangguhkan dan memberhentikan rawatan rapi hendaklah diambil kira untuk bayi (usia kandungan < 26 minggu dan berat badan < 800gm) dan sangat tenat.(contoh mengalami perdarahan otak yang teruk). 
• Peluang bayi dalam kumpulan ini untuk hidup sempurna amat tipis. Bayi yang dijangkakan selamat juga akan mengalami risiko kecacatan neurologi. Adalah dianggarkan 20% daripada bayi yang usia kandungan 25 minggu yang mana selamat 80% daripadanya akan mengalami kelemahan pada sistem neurologi.

No comments: