Friday, September 03, 2010

...Tazkirah di pagi Jumaat: Rahsia Surah Al ikhlas..

Salam...Untuk dikongsi bersama...info dr simpanan emel2 ku...klu ada kesilapan sila la bertanya pada yang lebih arif yer...

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah  ayat  ini  sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan  ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan  juga  di  sekeliling  kita,  mereka  akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum  anda  masuk  rumah,  bacalah  surah  Al-Ikhlas  (sebanyak  3 kali. Masuklah  rumah  dengan  kaki kanan  dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah  bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir  solat  akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi  salam,    seorang  yang  jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.  Tetapi  bagi  mereka  yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 

Ketika Sakit

Sabda  Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan  membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 

Khatam al-Quran

Rasulullah  SAW  pernah  bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara  kamu  yang  dapat khatam  Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada  seorang  dari  sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya  Saiyyidina  Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada  Saiyidina  Ali bahawa  Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)  tidak  tahu  apa  yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Pahala Membacanya

Berkata  Ibnu  Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah  SAW)  israk  ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000  sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun  perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul  Huwallahu Ahadu  itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail  a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

No comments: