Salam...just nak share ckit info ni...kwn2 klu ade sebarang keraguan dlm info ni, hrp rujuk lah pada yg lebih arif yer...atau boleh klik sini IslamGrid...
1. Di bulan Ramadan, sekiranya pesakit Islam di suntik atau di ambil darah, adakah membatalkan puasanya
Jawapan Puasa tidak batal bagi pesakit Islam yang disuntik atau diambil darah.
2. saya baru sahaja habis haid(8 hari)...setelah 4 hari berpuasa,tetiba keluar darah kemerahan hitam..saya x pasti samaada ia dikatakan darah haid atau darah berpenyakit.adakah ia akan membatalkan puasa
Jawapan Sekiranya darah tersebut masih lagi dalam 15 hari tempoh bermula haid, maka itu adalah darah haid dan puasa anda adalah batal, sekiranya selepas 15 hari maka itu darah istihadah dan tidak batal puasa.
3. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Jawapan Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.
4. adakah pemindahan darah ketika berpuasa boleh menyebabkan batal nya puasa? nyatakan sebab.
Jawapan Pemindahan darah ketika berpuasa tidak membatalkan puasa kerana pemindahan darah dilakukan melalui saluran darah bukan melalui rongga yang terbuka.
5. saya musykil, adakah batal puasa jika seseorang itu menerima suntikan jarum pada siang hari? dan wujudkah perbezaan hukum jika seseorang itu menerima suntikan jarum yang mengeluarkan darah dari badan
Jawapan Tidak batal puasa bagi sesiapa yang menerima suntikan samaada keluar darah atau tidak. Begitu juga suntikan jarum yang memasukkan sesuatu ubatan cecair atau seumpamanya dalam salur darah.
6. SAYA MEMBUAT RAWATAN HEMODIALISIS/CUCI DARAH SETIAP BULAN. ADAKAH BATAL PUASA SAYA JIKA HEMODIALISIS DILAKUKAN
Jawapan Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/ cuci darah.
7. Assalamualaikum. Adakah batal puasa seseorang jika dia berkumur untuk ambil air wuduk. Terima kasih.
Jawapan Tidak batal puasa berkumur-kumur untuk mengambil wuduk.
8. adakah batal puasa seseorang sekiranya beliau menderma darah pada bulan ramadan?
Jawapan Menderma darah dalam puasa tidak membatalkan puasa seseorang. Walaubagaimanapun seandainya ia memudaratkan diri anda seperti anda menjadi lemah maka eloklah dielakkan.
9. soalan pertama: adakah batal puasa sekiranya sedang bersahur tiba-tiba bunyi azan dan saya ambil juga air dan minum ketika azan subuh? soalan kedua: adakah batal puasa sekiranya memasukkan air ke dal
Jawapan 1.Terbatal puasanya 2. Sekiranya tidak termasuk ke dalam(hingga sampai ke tekak)batal puasanya. 3.Tidak batal puasa tersebut tetapi ganjaran pahala puasanya berkurangan ini adalah kerana kejahatan memakan kebaikan sepertimana api meratah kayu kering(maksud hadith)
10. Apakah terbatal puasa jika menderma darah di bulan puasa?
Jawapan Tidak batal menderma darah di bulan puasa.
No comments:
Post a Comment