Monday, July 19, 2010

...Harian Metro, Isnin, 19 jul 2010...

Salam kwn2...saje nak share kat sini...tadi aku ade cite kan ujung mggu ni hrp2 seme nye berjalan lancar...Narnye adik aku, ina akan terbang ke Jogjakarta, indonesia untuk Pertandingan Radio Negara Serumpun...

Berangkat pada 22hb dan balik pada 25hb nie...bertanding nye klu tak salah ari sabtu...family aku yg g cuma mak, ayah n along je...sepatutnya ber 4, tapi kak maria tak g atas sbb2 yg tak dpt di elakkan...

klu ikut hati aku pun nak g, tapi apekan daya kewangan tak mengizinkan...bila tambah tolak bahagi darab...huishhh byk mau pakai uwang...huhu...nak kene simpan duit maa tuk bulan 9 ngan 10 nie...huhu...tuk road tax myvi n wira...pas tu kenduri kawin adik lagi bulan 10 gak kat muar...hishh uwang uwang mari dtg kamu...hehe...tak pe sabar je la yg boleh...

k la, klu nak baca crita dlm paper ni, bacalah, ade aku copy skali dr Mymetro...hehe...klu kawan2 sudi, tolong la yer doakan kejayaan adik aku... Semoga semuanye berjalan dgn lancar & kejayaan berpihak pada peserta negara kita, wakil Malaysia, Zarina & Azizul...serta dijauhkan perkara yang tak baik... dan harap adik aku dpt buat yg terbaik...InsyaAllah...Amin...



Muzik tradisional tetap di hati Zarina
Oleh Nor Akmar Samudin

2010/07/19

JARANG gadis semuda Norzarina Mohd Nordin meminati irama tradisional apatah lagi rakan di sekelilingnya meminati irama hip hop, rock, balada dan apa saja jenis muzik yang terkini.

Namun, Zarina yang baru berusia 19 tahun terus cekal menongkah arus memperjuangkan irama tradisional sehingga dia dinobatkan juara Bintang Klasik Nasional 2009 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Anak bongsu daripada tujuh beradik itu juga pernah menjuarai Metro Idol 2008 anjuran Harian Metro. Selepas menang beberapa pertandingan, Zarina kurang mendapat publisiti dan sebagai orang baru, dia tidak tahu bagaimana hendak mengorak langkah seterusnya dalam bidang seni. Selepas bergelar juara, dia banyak menyanyi untuk acara anjuran RTM dan majlis makan malam.

Tanpa diduga, Zarina mendapat undangan menyertai Pertandingan Radio Negara Serumpun di Jogjakarta, Indonesia. Dia akan ke sana pada 22 Julai ini dan kembali ke tanah air pada 25 Julai. Zarina ditemani ibu bapanya, Mohd Nordin Taib dan Khatijah Zainal Abidin. Turut bersama, Penerbit Klasik RTM, Rosli Derani. Selain Zarina, juara kategori lelaki Bintang Klasik Nasional, Azizul Hakim akan bertanding sama. Zarina mengakui tidak tahu cara mencari peluang mendapatkan publisiti media sehinggalah dia bertemu jurusolek yang juga rakan lama bapanya, Syed Hussein Syed Ali atau lebih dikenali sebagai Along Klasik.

"Selepas menang, saya tidak tahu macam mana cara hendak mendekatkan diri dengan wartawan demi meraih publisiti kerana saya tahu dengan cara itu saja saya akan dikenali ramai. "Kesudian Pak Cik Along membantu saya sangat dihargai. Dia yang juga jurusolek artis ada ramai kawan dalam industri," katanya.

Kata Zarina, dia mewarisi bakat seni ibu dan ayahnya.

Ketika muda dulu, mereka berdua aktif menyanyi di tempat asal di Kampung Gajah, Perak. Mereka selalu menyanyi pada majlis perkahwinan.

"Sejak kecil saya selalu mendengar lagu lama kerana emak dan ayah sering memutarkannya. Dari situlah saya mula meminati dan boleh menyanyikan lagu irama tradisional dengan baik. Emak selalu membetulkan lenggok suara saya. "Sebenarnya saya juga suka menyanyi lagu irama moden yang lain dan boleh menyanyikannya dengan baik namun minat utama saya lebih kepada irama tradisional. "Ada rakan yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah. Saya lebih suka mengikut rasa hati kerana saya yang hendak menyanyi, malah bangga dikurniakan bakat seperti ini," katanya.

Sewaktu bertanding untuk Bintang Klasik Nasional, semua lagu yang akan dinyanyikan peserta ditetapkan penganjur. Ketika tiba giliran Zarina hendak memilih lagu, tinggal empat lagu saja dan dia memilih lagu yang agak susah untuk dinyanyikan iaitu Burung Pungguk.

"Sebelum itu saya tidak pernah dengar lagu itu, tetapi tidak susah untuk saya menjiwainya. Kalau sudah minat, segalanya jadi senang. Setiap hari saya berlatih menyanyi dengan emak dan Alhamdulillah, akhirnya saya menang. "Untuk pertandingan di Jogjakarta ini pun, RTM sudah sediakan lagu untuk saya iaitu Nirmala (lagu Datuk Siti Nurhaliza). Azizul pula diminta menyanyikan lagu Andalusia (M Nasir). Kami ke sana memikul tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara, oleh itu doakan kejayaan kami," katanya.

Zarina kini sedang menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam jurusan muzik dan vokal peringkat diploma. Gadis manis itu amat meminati Syafinaz Selamat yang juga guru vokalnya di Aswara.

"Saya bukan sekadar meminati Syafinaz, tetapi juga ingin mengikut langkahnya berjaya dalam pelajaran. Selepas tamat pengajian peringkat diploma, saya bercadang meneruskan pengajian sehingga memperoleh ijazah. "Walaupun saya suka menyanyi, tetapi sampai bila saya akan meneruskan kerjaya ini. Jadi perlu ada persediaan masa depan di samping saya mahu memberi kesenangan kepada ibu bapa saya," katanya.

Zarina yang masih menetap bersama ibu bapanya di Bandar Baru Sentul juga berhasrat mengembangkan bakat seni lakonannya. Katanya, selain menyanyi dia juga minat berlakon dan berharap ada pengarah dan produser beri peluang berlakon.

No comments: