Kawan2… Sempena hari baik bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak yang dinanti-nantikan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap kepada semua. Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan keinsafan agar ibadah kita diterima olehNya…Amin… ………………………………………………………………………………………………………………………………….
Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadan
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.
Lafaz niat puasa harian Ramadhan:
“Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”
Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
Doa berbuka puasa:
'Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin'
Kalau beramai² ..
'Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin'
Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.
Doa sesudah berbuka puasa.
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Hari-hari yang dilarang berpuasa ialah:
1 Syawal (Hari Raya AidilFitri);
10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha);
11, 12, 13 Zulhijjah;
30 Syaaban. (hari ni ler)
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasaumat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukanhal-hal yang berikut:-
*Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
No comments:
Post a Comment